Kesan pembungkusan dan pencahayaan ke atas kualiti buah mangga air(Mangifera aquaea sp. nov.)

Nur Arina Abdul Latif, (2011) Kesan pembungkusan dan pencahayaan ke atas kualiti buah mangga air(Mangifera aquaea sp. nov.). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan_pembungkusan_dan_pencahayaan_ke_atas_kualiti_buah_mangga_air.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian yang dilakukan adalah mengenai kesan pembungkusan dan pencahayaan ke atas kualiti buah mangga air (Mangifera aquaea sp. nov. ) Sebanyak empat jenis kombinasi rawatan diuji ke atas buah mangga air iaitu rawatan pertama (T1), mangga air tidak dibungkus dengan beg bungkusan polietilena dan disimpan dalam kawasan gelap, rawatan kedua( T2), manga air dibungkus menggunakan beg bungkusan polietilena dan disimpan dalam kawasan gelap, rawatan ketiga (T3), mangga air tidak dibungkus dan disimpan di kawasan bercahaya dan rawatan keempat (T4), mangga air dibungkus dan disimpan di kawasan bercahaya. Semua rawatan ini disimpan dalam bilik makmal dengan suhu sekitar 24 hingga 27 °C dan kelembapan relatif adalah 60 hingga 75 peratus. Lima jenis parameter digunakan dalam kajian ini iaitu kualiti visual buah, min peratus kehilangan air, min peratus kandungan pepejal terlarut, min peratus asid tertitrat dan min nilai pH. Analisis data menggunakan ANAVA satu hala mendapati min peratus kehilangan berat dan peratus kandungan pepejal terlarut menunjukkan terdapat perbezaan bererti ke atas empat rawatan manakala min peratus asid tertitrat dan nilai pH menunjukkan tiada perbezaan bererti berlaku ke atas empat rawatan. Hasil eksperimen mendapati bahawa rawatan pembungkusan dan tanpa pencahayaand apat mengekalkan kualiti visual yang baik ke atas manga air berbanding rawatan lain. Rawatan tanpa dibungkus menunjukkan peratus kehilangan berat dan peratus kandungan pepejal terlarut yang tinggi berbanding rawatan yang dibungkus.Rawatan pencahayaan menunjukkan peratus kehilangan berat dan peratus kandungan pepejal terlarut lebih tinggi berbanding rawatan yang disimpan dalam keadaan gelap. Walau bagaimanapun, kesan cahaya dan pembungkusan dipengaruhi oleh faktor suhu dan kelembapan relatif bilik makmal. Rawatan dua (T2), mangga air dibungkus menggunakan beg bungkusan polietilena dan disimpan dalam kawasan gelap merupakan rawatan yang lebih balk antara semua rawatan kerana rawatan tersebut lebih mengekalkan kualiti yang baik berbanding rawatan yang lain.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: packaging, lighting, postharvest, mangga air, quality, treatment
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Users 83 not found.
Date Deposited: 07 Jun 2017 06:30
Last Modified: 13 Oct 2017 02:28
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17020

Actions (login required)

View Item View Item