Penilaian kecenderungan pengguna terhadap pembangunan rekabentuk landskap jalan dan pintu masuk utama lapangan terbang Sandakan

Normala Daud, (2014) Penilaian kecenderungan pengguna terhadap pembangunan rekabentuk landskap jalan dan pintu masuk utama lapangan terbang Sandakan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
12Mb

Abstract

Kajian ini berkaitan penilaian kecenderungan pengguna terhadap pembangunan rekabentuk landskap jalan dan pintu masuk utama Lapangan Terbang Sandakan, Sabah. Lokasi lapangan terbang ini sang at strategik kerana dikelilingi bangunan pentadbiran, Bandar Sandakan, kawasan ketenteraan, bangunan kedai dan peru mahan penduduk tempatan. Tiga objektif utama kajian telah dibentuk iaitu mengenalpasti keadaan semasa di Jalan Airport dan pintu masuk utamna Lapangan Terbang Sandakan, menilai kecenderungan pengguna terhadap pembangunan rekabentuk landskap jalan dan pintu masuk utama Lapangan Terbang Sandakan serta seterusnya mencadangkan elemen-elemen dan kriteria rekabentuk landskap yang menekankan aspek keselamatan, kemudahan, beridentiti dan kecantikan bagi landskap jalan dan pintu masuk utama Lapangan Terbang Sandakan. Fokus metodologi yang telah dilaksanakan adalah melalui inventori dan analisis tapak dan kajian soal selidik pengguna. HasH daripada keputusan, tiga cadangan rekabentuk landskap telah dicadangkan mengikut zon tertentu iaitu Zon A, Zon B dan Zon C. Zon A adalah zon jalan meliputi pembahagi jalan dan zon pejalan kaki. Zon B pula zon bulatan jalan manakala Zon C adalah zon pintu masuk utama Lapangan Terbang Sandakan. Pemilihan elemen landskap kejur dan spesies landskap lembut yang sesuai telah ditekankan bagi ketiga-tiga zon tersebut agar rekabentuk landskap menjadi lebih baik dan relevan. Prinsip-prinsip dan elemen asas rekabentuk landskap turut ditonjolkan dalam kajian ini. Cadangan rekabentuk landskap bagi semua zon telah menepati hasil inventori dan analisis tapak dan juga kehendak pengguna. Oleh yang sedemikian, pelaksanaan cadangan pembangunan rekabentuk landskap jalan dan pintu masuk utama Lapangan Terbang Sandakan bakal mencerminkan imej dan identiti yang baik kepada Sandakan seiring dengan status Sandakan sebagai hab pelancongan utama di Timur Sabah.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:airport, main entrance, users' streetscapes
Subjects:S Agriculture > SB Plant culture
Divisions:FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
ID Code:17021
Deposited By:Munira M
Deposited On:07 Jun 2017 14:30
Last Modified:07 Jun 2017 14:30

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository