Kesan kepekatan asid salasilat kepada jangka masa simpanan bunga keratan Rosa Hybrida

Siti Norhayati Salleh, (2013) Kesan kepekatan asid salasilat kepada jangka masa simpanan bunga keratan Rosa Hybrida. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
10Mb

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji kesan kepekatan asid salasilat yang berbeza (1 %, 2% dan 3% w/v) dan air campuran sukrosa tanpa tambahan asid salasilat (kawalan) keatas bunga keratan ros. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kepekatan asid salasilat yang paling sesuai bagi memanjangkan jangka hayat bunga keratan, meningkatkan kadar resapan air, mengurangkan kadar bengkok pangkal, memperbaiki kadar bukaan kelopak bunga dan mengurangkan bilangan kerosakan kelopak bunga. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah reka bentuk blok rawak lengkap di mana blok adalah masa perlaksanaan replikasi rawatan. Melalui ujian ANAVA satu hala yang dijalankan, keputusan menunjukkan kepekatan 1% asid salasilat memberikan keputusan terbaik bagi memanjangkan jangka hayat bunga keratan ros di dalam pasu iaitu selama 7.4 hari dan memperbaiki proses resapan air bunga keratan sebanyak 2.35 ml berbanding rawatan lain. Penambahan asid salasilat di dalam rawatan juga memberikan kesan positif dalam mengurangkan masalah bengkok pangkal bunga keratan. Walau bagaimanpun, didapati penggunaan asid salasilat pada sebarang kepekatan yang digunakan, tidak memberikan kesan positif kepada kadar bukaan kelopak bunga dan tidak mampu mengurangkan bilangan kelopak bunga rosak. Merujuk kepada keputusan yang telah diperolehi, dapat disimpulkan bahawa kepekatan 1% asid salasilat dapat memanjangkan jangka hayat bunga keratan, meningkatkan kadar resapan air serta mengurangkan kadar bengkok pangkal. Kajian selanjutnya haruslah dilakukan untuk mengenal pasti suhu yang paling sesuai semasa penggunaan rawatan 1% asid salasilat keatas bunga keratan. Dicadangkan juga agar kajian dapat dilakukan terhadap asid salasilat dengan penambahan kompenen lain seperti Silver thiosulfate (STS) , silver nitrat, silver nanopartikel, glutamin, minyak pati, nikel ataupun cobalt di dalam air rawatan bunga keratan.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:salicylic acid, rose, vase life, treatment
Subjects:S Agriculture > SB Plant culture
Divisions:FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
ID Code:17031
Deposited By:Munira M
Deposited On:07 Jun 2017 14:30
Last Modified:07 Jun 2017 14:30

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository