Mengkaji ciri-ciri fizikal dan kimia kastor (Ricinus communis) bagi empat peringkat kematangan

Hamy Joting, (2013) Mengkaji ciri-ciri fizikal dan kimia kastor (Ricinus communis) bagi empat peringkat kematangan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
9Mb

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji perubahan sifat fizikal dan kimia bagi empat peringkat kematangan kastor (Ricinus communis). Terdapat empat peringkat kematangan kastor yang dikaji iaitu muda, matang, masak dan terlalu masak. Berat basah kastor diukur berdasarkan empat ceraian buah iaitu kulit, caruncle, testa dan kernel. Data yang diperoleh dianalisa menggunakan ANAVA satu hala. Melalui kajian yang telah dijalankan, purata berat kulit kastor pada peringkat muda ialah 12.92 g untuk setiap biji manakala berat kulit buah terlalu masak ialah 6.28 g untuk setiap biji. Purata berat basah caruncle pula ialah 0.83 g untuk setiap biji pada peringkat muda manakala berat akan berkurangan sehingga 0.34 g apabila buah sudah terlalu masak. Purata berat basah testa pula adalah 1.80 g ketika peringkat muda manakala berat basah testa berkurangan sehingga 1.32 9 untuk setiap biji kastor ketika buah terlalu masak. Sebaliknya, berat basah kernel pula memberikan situasi yang berbeza dimana berat basah meningkat seiring dengan proses kematangan buah. Berat kernel ketika muda adalah 2.06 g dan menaik sehingga 3.95 g untuk setiap biji kastor apabila mencapai tahap terlalu masak. Corak perubahan be rat kering juga adalah serupa dengan corak perubahan berat basah kastor untuk setiap peringkat kematangan. Kedua-dua parameter ukur lilit bulatan serta ukur lilit menegak pula memberikan ukuran yang berbeza iaitu ukur liIit bulatan buah kastor pada peringkat muda adalah lebih tinggi berbanding ukur lilit buah terlalu masak. Manakala ukur Iilit menegak buah muda pula adalah lebih rendah berbanding ukur liIit menegak buah terlalu masak. Dari segi peratusan minyak pula, didapati peratus minyak tertinggi dicatatkan ketika buah sudah terlalu masak . Namun, buah muda juga mengandungi minyak tetapi dalam peratusan yang sedikit. Berdasarkan hasil kajian ini, buah kastor yang paling sesuai untuk dituai adalah pada peringkat buah masak kerana mengelakkan buah gugur dan perbezaan kandungan minyak buah masak dan buah terlalu masak adalah 0.05% sahaja. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan yang ketara bagi ciri-ciri fizikal dan kimia sepanjang proses kematangan buah.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:castor, maturity stages, chemical characteristics
Subjects:S Agriculture > SB Plant culture
Divisions:FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
ID Code:17043
Deposited By:Munira M
Deposited On:08 Jun 2017 12:06
Last Modified:08 Jun 2017 12:06

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository