Kajian toksisiti ekstrak tiga spesies halia hutan dari Taman Banjaran Crocker (Sabah) ke atas anak udang (Artemia salina)

Lydianie Wesley, (2011) Kajian toksisiti ekstrak tiga spesies halia hutan dari Taman Banjaran Crocker (Sabah) ke atas anak udang (Artemia salina). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kajian_toksisiti_ekstrak_tiga_spesies_halia_hutan_dari.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Ketoksikan ekstrak methanol bagi tiga spesies halia hutan iaitu Etlingera coccinea, Etlingera velutina dan Etlingera brevilabrum telah dijalankan ke atas anak udang (Artemia salina). Kajian ini dijalankan untuk membandingkan tahap ketoksikan di antara ketiga-tiga spesies halia hutan yang digunakan dengan mengambil kira lokasi persampelan dan juga faktor kepekatan ekstrak yang digunakan. Pemungutan sampel telah dijalankan di sepanjang jalan dari Kota Kinabalu menuju ke Tambunan dan setiap spesies halia hutan dikumpulkan di tiga lokasi yang beriainan. Proses pengekstrakan specimen dijalankan menggunakan larutan metanol 80%. Hasil ekstrak kemudiannya disimpan di dalam 'freezer’ dengan suhu -20°C selama satu hari dan kemudiannya dimasukkan ke dalam 'freeze dryer’ . Serbuk yang diperolehi digunakan dalam ujian toksititi ke atas anak udang. Serbuk sampel dilarutkan dalam 10% dimethylsulphoxide (DMSO) dan dicairkan dengan menggunakan air laut buatan secara berperingkat dengan penambahan 2ml air laut ke dalam botol untuk mendapatkan lima kepekatan ekstrak yang berlainan iaitu 10 mgml�¹, 5 mgml�¹, 2.5 mgml�¹, 1.25 mgml�¹ dan 0.63 mgml�¹. Setiap spesies diuji dengan menggunakan tiga (3) replikasl untuk setiap kepekatan yang digunakan. Botol yang bertindak sebagai kawalan hanya diisi dengan air laut buatan dan 10% DMSO sahaja. Sepuluh ekor larva udang dimasukkan ke dalam setiap botol dan dibiarkan pada suhu bilik selama 24 jam dan bilangan anak udang yang hidup dan mati direkodkan. Tahap ketoksikan ekstrak halia mengikut spesies tidak berbeza secara signifikan setelah dianalisis menggunakan SPSS (ANAVA 2 hala). Walau bagaimanapun, tahap ketoksikan mengikut kepekatan adalah signifikan dengan kadar kematian anak udang meningkat apabila kepekatan ekstrak meningkat. Dalam kajian ini, 'dos maut minimum' bagi semua halia adalah 2.5 mgml�¹.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: brine shrimp, toxidty, methanol extracts, wild gingers, extraction
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Users 83 not found.
Date Deposited: 06 Jun 2017 04:08
Last Modified: 13 Oct 2017 06:22
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17052

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository