Persepsi pengurus ladang Felda Global Venture (FGV) di Felda Sahabat, Lahad Datu terhadap keberkesanan Persijilan Roundtable On Sustainable Palm Oil (RSPO) dalam isu kelestarian Alam Sekitar

Stearonthia Riting @ Sirin, (2014) Persepsi pengurus ladang Felda Global Venture (FGV) di Felda Sahabat, Lahad Datu terhadap keberkesanan Persijilan Roundtable On Sustainable Palm Oil (RSPO) dalam isu kelestarian Alam Sekitar. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
1707Kb

Abstract

Persijilan Roundtable on Sustainable Palm a,l (RSPO) adalah satu pendekatan pengurusan lestari dalam industri sawit. Objektif pendekatan ini adalah untuk memastikan semua industri-industri yang terlibat, beroperasi berteraskan konsep lestari. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui latar belakang atau maklumat demografi para pengurus ladang sawit FGV di Felda Sahabat, Lahad Datu; mengetahui sejauhmana penilaian mereka terhadap teori yang berkaitan dengan pengurusan ladang berteraskan persijilan RSPO; serta mengenalpasti hubungan antara latar belakang para pengurus ladang sawit dengan persepsi mereka terhadap amalan pengurusan ladang berteraskan persijilan RSPO. Kajian ini telah menggunakan kaedah tinjauan keratan rentas dan pengumpulan data dilakukan melalui pengedaran borang soal selidik kepada 36 orang responden yang merupakan jumlah keseluruhan pengurus ladang sawit FGV di dalam lokasi kajian. Data yang telah dikumpulkan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi menerusi perisian SPSS versi 20.0. Hasil kajian mendapati kesemua pengurus ladang saw it mempunyai tahap kesedaran yang tinggi (96.9%) mengenai isu kelestarian alam dan bertanggapan positif mengenai amalan-amalan pengurusan ladang berteraskan persijilan RSPO. Walaubagaimanapun, tahap kefahaman responden mengenai prinsip yang terkandung dalam persijilan RSPO prinsip ke-5 masih pada tahap sec:lerhana (75.6%). Berdasarkan analysis Khi Kuasa Dua, hanya maklumat latar belakang mengenai tempoh berjawatan sebagai pengurus ladang sahaja yang mempunyai hubungan bererti dengan persepsi pengurus ladang mengenai amalan-amalan pengursan ladang berteraskan persijilan RSPO (i(1)=4.693, p=0.030). Secara kesimpulannya, pendedahan maklumat secara formal seperti memberi kursus atau latihan mengenai persijilan RSPO perlu dipergiatkan lagi untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman pengurus ladang. Penambahbaikkan dalam hal ini akan meningkatkan tahap kesec:laran dan mengubah tanggapan mereka mengenai kepentingan menjaga kelestarian alam di samping memaximumkan produktiviti.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO), oil palm, Lahad Datu;
Subjects:S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions:FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
ID Code:17073
Deposited By:Noraini L
Deposited On:13 Jun 2017 08:54
Last Modified:12 Jul 2017 15:06

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository