Kajian Ketoksikan Abamectin terhadap Plutella Xylostella perosak tanaman kobis antara Kg. Mesilau Dan Kg. Montakik, Kundasang, Sabah

Siti Norhadimah Rahban, (2014) Kajian Ketoksikan Abamectin terhadap Plutella Xylostella perosak tanaman kobis antara Kg. Mesilau Dan Kg. Montakik, Kundasang, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
kajian_ketoksinan_abamectin_terhadap_plutella.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Satu kajian telah dijalankan di makmal dan rumah lindungan hujan, Fakulti Pertanian lestari, Universiti Malaysia Sabah Kampus Sandakan (UMSKS) untuk mengkaji tahap ketoksikan insektisid Abamectin antara kawasan kajian (Kg. Mesilau dan Kg. Montakik) pengeluar sayur kobis utama di Kundasansg, Sabah. Kajian melibatkan empat tahap eksperimen iaitu; i) Penanaman sayur kobis, ii) Pengumpulan larvadan pupa iii) Pembiakan rama-rama belakang intan dan vi) Ujian Bioassai dengan kaedah celup daun. Oalam kajian ini, lima rawatan (ng/g) telah digunakan kawalan 0 dos, dos 30.17, dos 60.69, dos 121.39 dan dos 242.77. Setiap rawatan mempunyai lima replikasi. Data mortaliti larva rama-rama belakang intan generasi F1 telah direkodkan setiap 24 jam dan pemerhatian telah dilakukan selama 168 jam. Rekabentuk eksperimen berdasarkan 'Randomized Complete Block Design' dan data mortaliti yang diperoleh dianalisis menggunakan PoloPlus©. Keputusan kajian mendapati bahawa tiada perbezaan be re rti pada tahap ketoksikan insektisid Abamectin terhadap larva rama-rama belakang intan di kedua-dua kawasan kajian (Kg. mesilau dan Kg. Montakik). Sebaliknya peratusan mortality rama-rama belakang intan meningkat dengan dos peningkatan dos insektisid Abamectin seiring dengan peningkatan masa pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan niIai lOso Kg. MesiIau ialah 15.35 ng/g dan Kg. Montakik ialah 3.437 ng/g. Ini menunjukkan bahawa dos efektif adalah rendah daripada dos yang disyorkan oleh pengiIang dan sangat berkesan membunuh 50% populasi serangga perosak. Insektisid Abamectin dapat mengawal populasi rama-rama belakang intan dengan mengurangkan kadar pembiakan dan kelangsungan hidup rama-rama belakang intan. Berdasarkan ujian "Parallelism': menunjukkan bahawa tiada perbezaan signifikan bagi ketoksikan insektisid Abamectin terhadap larva rama-rama belakang intan generasi Fl. Kajian ini boleh diperbaiki dengan mengambil kawasan kajian yang berjarak jauh, mengurangkan masa berlapar larva rama-rama belakang intan dan memastikan suhu makmal kajian adalah sarna dengan kawasan asal rama-rama belakang intan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Kg. Mesilau , Kg. Montakik,Diamondback Moth (DBM), Probit analysis Polo Plus
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 09 Jun 2017 06:00
Last Modified: 13 Oct 2017 07:41
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17082

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository