Mengkaji kesan penggunaan bahan buangan sawit terhadap pertumbuhan dan hasil cili ditanaman secara sistem fertigasi

Isabella Massidun, (2014) Mengkaji kesan penggunaan bahan buangan sawit terhadap pertumbuhan dan hasil cili ditanaman secara sistem fertigasi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
MENGKAJI_KESAN_PENGGUNAAN_BAHAN.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan penggunaan bahan buangan kelapa sawit seperti tandan kosong dan mesokarpa buah kelapa sawit terhadap pertumbuhan danhasil Cili Kulai (Capsicum annuum L. Var. Kulai) secara fertigasi. Rekabentuk kajian yang digunakan ialah Randomized Complete Block Design (RCBD). Terdapat tujuh jenis rawatan iaitu T1; cocopeat, T2; kisaran tandan kosong kelapa sawit (TKKS) terawat, T3; kisaran halus TKKS terawat, T4; serat mesokarpa terawat, TS; kisaran TKKS tanpa rawat, T6; kisaran halus TKKS tanpa rawat dan T7; serat mesokarpa tanpa rawat. Parameter yang diukur untuk pertumbuhan ialah ketinggian pokok, bilangan bunga yang terbentuk, kandungan bahan kering dalam batang, akar dan daun cili. Manakala, parameter untuk hasil ialah bilangan buah, berat buah, panjang dan ukur liIit buah cili. Hasil mendapati terdapat perbezaan yang ketara pertumbuhan pokok cili dari aspek ketinggian. Rawatan T1 mempunyai pokok cili paling tinggi dan bilangan bunga yang banyak dihasilkan berbanding rawatan yang lain. Selain itu, daun cili yang lebih luas didapati pada rawatan Tl. Manakala, Rawatan T6 menunjukkan kandungan bahan kering akar dan daun yang piing tinggi berbanding rawatan yang lain. Hasil kandungan bahan kering pada batang daun tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Dari aspek hasil cili, terdapat perbezaan ketara antara rawatan untuk berat basah, berat kering dan panjang buah cili kecuali ukur Iilit yang menunjukkan tiada perbezaan dalam kajian ini (F= 1.201, p>0.050). Kajian menunjukkan Rawatan T1 memberikan hasil keputusan yang lebih baik. Kerja penjagaan merupakan faktor penting untuk pertumbuhan pokok cili yang terbaik dan sekaligus meningkatkan hasil pengeluaran cili.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Palm oil , chili , planting , Capsicum annuum L. Var. Kulai
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 06 Jun 2017 04:09
Last Modified: 13 Oct 2017 07:57
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17109

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository