Pengoptimuman kepekatan KOH, masa memasak dan suhu memasak dalam pengekstrakan karaginan separa tulen daripada Kappaphycus striatum

Hamsah Lahamid, (2015) Pengoptimuman kepekatan KOH, masa memasak dan suhu memasak dalam pengekstrakan karaginan separa tulen daripada Kappaphycus striatum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pengoptimuman kepekatan KOH.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti nilai parameter yang optimum dalam pengekstrakan karaginan separa tulen (SRC). Parameter tersebut termasuklah kepekatan KOH, masa memasak dan suhu memasak. Kepekatan KOH yang digunakan adalah 4%, 6% dan 8% manakala masa memasak yang digunakan adalah 20 min, 30 min dan 40 min. Tambahan lagi, suhu memasak yang digunakan adalah 70°C, 80 °C dan 90°C. Parameter tersebut memberikan kesan kepada kualiti karaginan berdasarkan peratusan penghasilan, kelikatan dan kekuatan gel. Pengoptimuman parameter proses pengekstrakan dan design eksperimen adalah ditentukan berdasarkan Central Composite Design (CCD) pada Response Surface Methodology (RSM). Daripada RSM, keadaan yang terbaik untuk rawatan alkali (proses pengekstrakan) adalah pada suhu memasak 80°C, masa memasak 30 minit dan 8% kepekatan KOH merujuk sampel 23. Dalam keadaan ini, peratusan penghasilan adalah sebanyak 60.62%, 10.6 cP kelikatan dan 82.97 gcm⁻² kekuatan gel yang mampu dihasilkan. Sampel optimum (sampel 23) telah dianalisis menggunakan transformasi fourier Inframerah (mR) dan kromatografi penelapan gel (GPC) adalah untuk mengenalpasti kumpulan berfungsi dan juga be rat molekul

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: optimum parameter, semi-refined carrageenan (SRC), cooking temperature, cooking time, fourier transform infrared, gel Permeation chromatography
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 20 Nov 2017 02:05
Last Modified: 20 Nov 2017 02:05
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17350

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository