Kesan hormon ke atas percambahan biji benih coelogyne asperata secara in vitro (orchidaecea)

Jessia Empayong Anak Solomon Ahkaw, (2011) Kesan hormon ke atas percambahan biji benih coelogyne asperata secara in vitro (orchidaecea). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

Full text not available from this repository.

Abstract

Protokol yang ringkas dan efektif telah dibuat untuk percambahan biji benih Coelogyne asperata. Biji benih daripada kapsul yang berusia 183 hari telah dikultur pada media asas Knudson C dengan penambahan hormon alpha-Naphtalene-acetic acid (NAA), 6- benzylaminopurine (BAP) dan Kinetin secara tunggal dan kombinasi pada kepekatan yang berbeza. Semua kultur telah disimpan pada suhu 25 ± 2 DC di bawah cahaya (24 jam) selama 55 hari. Biji benih didapati bercambah setelah 25 hari selepas pengkulturan pada semua media rawatan dengan julat purata peratus sebanyak 6.69 - 57.94%. Peratus percambahan pad a media kawalan adalah sebanyak 31.95 ± 1.49% dan indeks pertumbuhan adalah 218.75 ± 15.26. Penambahan hormon NAA, BAP dan KN secara tunggal dan kombinasi didapati tidak mempengaruhi percambahan biji benih C asperata jika dibandingkan dengan kawalan. Julat peratus percambahan rawatan hormon secara tunggal adalah 10.45 ± 8.74% sehingga 45.46 ± 20.46% manakala, indeks pertumbuhan adalah 194.32 ± 8.01 sehingga 235.16 ± 27.22. Bagi kombinasi hormon pula, julat peratus percambahan adalah 6.69 ± 7.63% sehingga 57.94 ± 8.65% manakala, indeks pertumbuhan adalah 175.65 ± 1.13 sehingga 256.39 ± 9.37. Selepas 55 hari pengkulturan didapati kesemua media rawatan telah mencatatkan 100% percambahan. Melalui kajian ini, didapati penambahan hormon ke dalam media rawatan tidak memberikan kesan yang berbeza berbanding dengan media kawalan ke atas percambahan biji benih C asperata.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: in vitro, seed germination, Coelogyne asperata
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Users 83 not found.
Date Deposited: 05 Jul 2017 01:57
Last Modified: 05 Jul 2017 01:57
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17358

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository