Kesan air kelapa terhadap proliferasi protokorm Dimorphorchis lowii secara in vitro

Nurhidayah Sajahan, (2011) Kesan air kelapa terhadap proliferasi protokorm Dimorphorchis lowii secara in vitro. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan_air_kelapa_terhadap_proliferasi.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan air kelapa terhadap proliferasi protokorm Dimorphorchis lowii. Kajian ini menggunakan eksplan protokorm pada peringkat 3 yang diperolehi daripada percambahan biji benih secara in vitro dan dikultur di dalam media asas Knudson C (KC) dan Vacin dan Went (VW) dengan penambahan air kelapa pada kepekatan 0, 5, 10, 20 dan 30% (v/v). Kesemua kultur disimpan pada suhu 25±2°C dengan 24 jam pencahayaan. Pencerapan data dilakukan setiap 10 hari sehingga 90 hari selepas kultur. Selepas 90 hari kultur, peratus proliferasi protokorm tertinggi dikenalpasti pada media asas KC dengan penambahan 5, 10, 20 dan 30% (v/v) air kelapa. Penambahan 10 dan 20% (v/v) air kelapa mencatatkan purata bilangan protokom baru yang terbentuk paling tinggi masing-masing dengan nilai 5.39±1.25 dan 4.88±1.07. VW dengan penambahan atau tanpa air kelapa tidak memberangsangkan proliferasi malah menggalakkan kematian protokorm. Hasil daripada kajian ini, didapati air kelapa dapat merangsang proliferasi protokorm D.lowii dan adalah dicadangkan penggunaan air kelapa pada kajian akan datang amat digalakkan kerana bekalan air kelapa senang diperolehi dan murah berbanding penggunaan pengawalaturan tumbuhan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: coconut water, protocorm, proliferation, Dimorphorchis lowii
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Users 83 not found.
Date Deposited: 05 Jul 2017 01:56
Last Modified: 16 Oct 2017 04:01
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17364

Actions (login required)

View Item View Item