Kepuasan penghuni program perumahan rakyat terhadap kualiti perumahan

Noorzaimah Adnan, (2016) Kepuasan penghuni program perumahan rakyat terhadap kualiti perumahan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Kepuasan penghuni program.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Penyediaan program perumahan rakyat merupakan usaha pihak kerajaan yang bermatlamat untuk menyediakan perumahan yang berkualiti kepada golongan berpendapatan rendah. Walau bagaimanapun, terdapat rungutan penduduk terhadap penyediaan perumahan PPR yang menunjukkan ketidakpuasan hati penghuni terhadap kualiti perumahan. Maka, kajian ini berkaitan dengan penilaian tahap kepuasan penghuni di kawasan program perumahan rakyat terhadap kualiti perumahan. Skop kawasan kajian akan di tumpukan di kawasan program perumahan rakyat, Telipok Ria. Berdasarkan tiga objektif iaitu mengenalpasti konsep kepuasan berdasarkan ciri-ciri perumahan yang berkualiti, mengenalpasti indikator yang berkaitan dengan kepuasan penduduk terhadap kualiti perumahan di kawasan program perumahan rakyat dan menilai tahap kepuasan penduduk terhadap kualiti perumahan program perumahan rakyat di kawasan kajian merupakan aspek yang penting dibincangkan dalam kajian ini. Terdapat lima indikator iaitu keselamatan, fizikal dalaman rumah, kemudahan, sosial dan persekitaran dalam mengenalpasti tahap kepuasan penghuni terhadap kualiti perumahan PPR dari segi kualiti luaran dan kualiti dalaman. Pengkaji telah melakukan kerja lapangan termasuk pemerhatian, temubual dan pengedaran borang soal selidik sebanyak 342 borang soal selidik. Kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu analisis indeks kepuasan dan analisis deskritif menunjukkan tahap kepuasan penghuni di kawasan program perumahan rakyat, Telipok Ria terhadap kualiti perumahan berdasarkan lima indikator yang telah dikenalpasti iaitu sosial, kemudahan awam, fizikal rumah, persekitaran dan keselamatan adalah memuaskan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kriteria daripada lima indikator dan segi kualiti dalaman dan luaran mencapai tahap kepuasan yang kurang baik. Hal ini perlu diperbaiki dari semasa ke semasa bagi mencapai penyediaan perumahan yang berkualiti tinggi untuk golongan berpendapatan rendah.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Public Housing Program, Housing Quality, Satisfaction, Convenience, Satisfaction Index, Indicator and Public Housing Program, Telipok Ria
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: Munira
Date Deposited: 20 Nov 2017 02:15
Last Modified: 20 Nov 2017 02:15
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17368

Actions (login required)

View Item View Item