Kepelbagaian odonata dan potensinya sebagai bioindikator untuk kualiti air di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah

Lee , Hui Kee (2015) Kepelbagaian odonata dan potensinya sebagai bioindikator untuk kualiti air di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
11Mb

Abstract

Kajian ini telah dijalankan di sepanjang Sungai Lipad dalam Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah. Kajian ini bertujuan untuk (1) mengkaji kepelbagaian Odonata (Anisoptera & Zigoptera) yang terdapat di kawasan ladang kelapa sawit dan kawasan hutan simpan hidupan liar Tabin, Sabah; (2) mengkaji hubungan di antara kualiti air dan kepelbagaian larva Odonata di sungai Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin; dan (3) menentukan potensi larva Odonata sebagai bioindikator untuk kualiti air di dalam sungal Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Sabah. Aktiviti persampelan larva dan dewasa Odonata dilakukan dengan menggunakan teknik jaring tendang (kick net) dan jaring aerial. Secara keseluruhannya, sebanyak 228 individu yang mewakili tujuh famili, 20 genera dan 29 spesies dewasa Odonata telah dikenalpasti. Indeks Shannon-Wiener menunjukkan kepelbagaian spesies dewasa Odonata adalah lebih tinggi di kawasan ladang kelapa sawit berbanding dengan kawasan hutan simpan hidupan liar. Litupan kanopi, pengaruh cahaya, kesesuaian habitat dan adaptasi memainkan faktor penting yang mempengaruhi kepelbagaian dan taburan dewasa Odonata. Bagi larva Odonata, terdapat 135 individu yang mewakili sembilan famili telah berjaya dikumpulkan. Famili Gomphidae didapati paling tinggi dalam bilangan genus dan juga jumlah keseluruhan individu. Daripada pengumpulan yang dibuat, kawasan ladang kelapa saw it mencatatkan kepelbagaian komuniti larva Odonata tertinggi. Morfologi, habitat, tingkah laku dan adaptasi didapati mempengaruhi taburan larva Odonata. Selain daripada itu, didapati kualiti air dan kandungan nutrien menjadi faktor pengelompokan kumpulan sungai yang dikaji. Parameter kualiti air digunakan untuk menilai kualiti air dan juga faktor-faktor yang mempengaruhi taburan serangga akuatik. Oleh itu, suhu, oksigen terlarut (DO), konduktiviti dan pH dapat mempengaruhi diversiti dan taburan larva Odonata. Indeks Family Biotic, Indeks Biology Monitoring Wort Party (BMWP) dan Indeks Average Score Per Taxon (ASPT) menunjukkan tahap kualiti air di Sg. Lipad, Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin tidak tercemar dan masih dalam keadaan bersih. Melalui penggunaan indeks biotik, pemantauan dari segi fiziko-kimia dan kehadiran larva Odonata menunjukkan bahawa larva Odonata boleh digunakan sebagai bioindikator yang berpotensi dalam pengurusan ekosistem sungai.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:diversity, Odonata, oil palm plantation, Tabin Wildlife Reserve, Odonata larvae, water quality
Subjects:Q Science > QH Natural history
Divisions:FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
ID Code:17395
Deposited By:Munira M
Deposited On:05 Jul 2017 09:58
Last Modified:05 Jul 2017 09:58

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository