Mereka bentuk dan membina bot solar

Nadzri Abitalib, (2016) Mereka bentuk dan membina bot solar. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
537Kb

Abstract

Teknologi fotovoltek ialah teknologi yang mendapat sumber tenaga sepenuhnya daripada cahaya matahari. Dalam sistem ini, cahaya matahari akan diserap oleh PV panel dan akan ditukarkan kepada tenaga elektrik. Ini merupakan salah satu teknologi yang semakin berkembang pesat mengikut pereda ran zaman. Untuk membina bot berkuasa solar ini, terdapat satu sistem PV yang dikenal pasti. Iaitu jenis sistem PV ialah stand alone. Tenaga elektrik yang dijana sistem PV disimpan dalam storan bateri yang menanggung segala keperluan beban. Oleh itu, untuk menghasilkan projek ini, memerlukan beberapa komponen yang sangat penting untuk melengkapkan sistem stand alone. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membina bot yang dijana oleh sistem integrasi kuasa solar dan motor elektrik. Hal ini adalah untuk menjimatkan kos pembelian untuk bahan api disamping mengurangkan pencemaran terhadap alam sekitar memandangkan harga bahan api semakin mahal. Projek ini meliputi gabungan sistem motor elektrik dan sistem solar fotovoltek. Kedua-dua sistem ini kemudiannya digabungkan dengan bot yang telah dibina untuk menggerakkan bot tersebut. Beberapa pengujian dan analisis dijalankan antaranya ialah pengujian daya apung bot. Analisis ini adalah bagi menguji beban yang mampu untuk dibawa oleh bot tersebut. Selain itu, ujian kelajuan bagi bot tersebut jugadijalankan. Ujian ini dijalankan adalah dengan menetapkan jarak dan mengambil masa yang diambil oleh bot tersebut untuk sampai ke destinasi. Proses mengkaji dan mendapatkan data mengenai prestasi bot dari segi pelbagai aspek akan dilakukan secara berasingan. Set data pertama akan diambil semasa bot terse but menggunakan bateri sahaja sebagai sumber tenaga. Seterusnya data akan diambil semasa bot tersebut menggunakan sumber tenaga dari bateri yang diintegrasikandengan tenaga solar. Perbandingan akan dilakukan bagi mengetahui sumber tenaga mana yang mempunyai lebih banyak kelebihan. Kesimpulannya, penggunaan sistem solar untuk mengecas bateri dapat meningkatkan penggunaan motor elektrik lebih lama.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:Photovoltaic technology, PV panels, solar-powered boat, solar systems
Subjects:Q Science > QC Physics
Divisions:FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
ID Code:17424
Deposited By:Noraini L
Deposited On:05 Jul 2017 09:58
Last Modified:11 Jul 2017 07:50

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository