Penggunaan jadual hash dua dimensi

Nurul Fadzillah Singgan, (2016) Penggunaan jadual hash dua dimensi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
7Mb

Abstract

Jadual hash ialah salah satu bidang penting dalam struktur data yang melaksanakan tatasusunan bersekutu di mana fungsi hash digunakan untuk menjana alamat untuk sesuatu elemen terse but. Idea hashing ini bermula pad a bulan januari tahun 1953 oleh H. P. Luhn. Beliau menulis memorandum IBM dalam menggunakan rantaian hashing. Selain itu, G. N. Amdhal, E. M. Boehme, N. Rochester dan Arthur Samual juga melaksanakan sebuah program menggunakan hashing. Matlamat utama kajian ini dijalankan ialah untuk mempelajari bagaimana keberkesanan penggunaan jadual hash dua dimensi jika dibandingkan dengan penggunaan jadual hash satu dimensi. Terdapat beberapa proses yang terlibat dalam program yang dihasilkan termasuklah penukaran nombor integer kepada binari dan sebaliknya. Seterusnya Kaedah pembahagian modulo juga digunakan dalam projek Ini untuk menjana alamat untuk data. Setiap penggunaan jadual hash di laraskan dengan penggunaan ruang 60%, 70%, 80%, dan 100%. Setiap ujian keberkesanan ruang tersebut, program tersebut akan dijalankan sebanyak lima kali untuk mendapatkan purata kadar perlanggaran data.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:Associative array, IBM memorandum, chaining hashing
Subjects:Q Science > QA Mathematics
Divisions:FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
ID Code:17449
Deposited By:Noraini L
Deposited On:05 Jul 2017 09:58
Last Modified:11 Jul 2017 07:43

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository