Pencirian effluen kilang minyak sawit untuk pemulihan fosforus

Hazirah Abdul Rahah, (2015) Pencirian effluen kilang minyak sawit untuk pemulihan fosforus. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pencirian effluen kilang minyak sawit untuk pemulihan.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk menentukan ciri-ciri fizikal dan kimia effluen kilang minyak sawit sebelum dan selepas pencernaan anaerobik dan menganggar potensi pemendakan struvite melalui keseimbangan molar. Pencirian fizikal yang telah dilakukan ialah penentuan jumlah pepejal, jumlah pepejal meruap dan pH. Manakala pencirian kimia telah dilakukan untuk menentukan kepekatan magnesium dengan menggunakan spektrofotometer serapan atom, fosfat menggunakan UV-Vis spektrofotometer dan ammonium menggunakan mesin kjedahl. Keputusan kajian yang diperoleh menunjukkan yang peratusan jumlah pepejal sebelum pencernaan anaerobik sebanyak 4.32% telah menurun kepada 1.63%. Keputusan yang serupa diperolehi untuk jumlah pepejal pepejal meruap iaitu menurun daripada 76.87% kepada 18% selepas pencernaan anaerobik. Manakala pH efftuen sebelum pencernaan anaerobik ialah pH 6.47 dan meningkat kepada pH 6.58. Kepekatan magnesium dalam sampel yang diperoleh menurun selepas pencernaan anaerobik iaitu daripada 410.47 mg/L kepada 142.2 mg/L. Keputusan yang sama didapati untuk kepekatan ammonium yang menurun daripada 439.52 mg/L kepada 36.93 mg/L selepas pencernaan anaerobik. Berbeza pula dengan kepekatan fosfat yang didapati meningkat daripada 393.55 mg/L kepada 3755.54 mg/L. Untuk potensi pemendakan struvite, keputusan kajian menunjukkan sebanyak 0.5g/L struvite boleh termendak pada nisbah molar yang seimbang di antara ion magnesium, ammonium dan fosfat.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Palm Oil Mill Effluent, anaerobic digestion, struvite precipitation, equal molar balance
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 20 Nov 2017 02:06
Last Modified: 20 Nov 2017 02:06
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17489

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository