Geologi am dan penilaian ciri-ciri geomekanik batuan formasi Kudat sebagai bahan binaan di kawasan Kudat,Sabah

Hasnel Zailan, (2015) Geologi am dan penilaian ciri-ciri geomekanik batuan formasi Kudat sebagai bahan binaan di kawasan Kudat,Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Geologi am dan penilaian ciri-ciri.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian geologi am dan pendrian geomekanik batuan Formasi Kudat sebagai bahan binaan telah dijalankan di Kudat, Sabah. Objektif utama kajian ini ialah untuk mentaksir latar belakang geologi am dan menghasilkan peta geologi terkini kawasan kajian serta menilai pencirian geomekanik batuan sebagai bahan binaan. Kaedah kajian merangkumi kajian awal seperti sorotan literatur dan penyediaan peta dasar; kajian lapangan yang melibatkan pencerapan data lapangan, pemetaan geologi dan persampelan batuan; kajian makmal iaitu analisis petrografi, analisis geologi struktur serta ujian-ujian geomekanik batuan seperti Ujian Behan Titik, Ujian Ketahanan Pemeroian, Ujian Mampatan Sepaksi, Ujian Graviti Tentu, Ujian Serapan Air, Ujian Indeks Kekepingan, Ujian Penentu Nilai penghancuran Aggregat, Ujian Nilai Hentaman Aggregat dan Ujian Nilai Sepuluh Peratus Halus serta Ujian Tukul Schmidt; analisis dan tafsiran data; dan penulisan disertai. Sebanyak lima singkapan telah dipilih dan sampel batuan diambil untuk kajian makmal analisis petrografi dan pendrian geomekanik. Hasil kajian makmal dibandingkan tahap kesesuaiannya sebagai agregat atau bahan binaan berdasarkan rujukan-rujukan sedia ada. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Kudat (Miosen Awal hingga Miosen Tengah), Melange (Miosen Tengah), dan Endapan Kuartemer. Analisis geologi struktur menunjukkan arah canggaan bertren Barat Laut-Tenggara. Analisis petrografi mendapati pengelasan batu pasir Formasi Kudat adalah Sublitarenit. 8erdasarkan hasil analisis pendrian geomekanik batuan yang diperolehi, hasil penilaian ujian tukul Schmidt, ujian beban titik dan ujian mampatan sepaksi menunjukkan kekuatan batuan Formasi Kudat dapat dikelaskan sebagai Sederhana Kuat hingga Kuat. Ujian Ketahanan Pemeroian menunjukkan nilai yang berjulat Rendah hingga ke Amat Tinggi. Sementara itu, hasil ujian Graviti Tentu menunjukkan nilai yang berjulat di antara 2.S hingga 2.8 dan nilai Serapan Air berjulat dari 1.4% hingga 10%. Ujian lndeks Kekepingan dan ujian Penentu Nilai Penghancuran Aggregat pula menunjukkan nilai yang berjulat dari 6% hingga 16% dan 30% hingga 58%. Selain itu, hasil ujian Nilai Hentaman Aggregat dan ujian Nilai Sepuluh Peratus menunjukkan nilai yang berjulat dan 48% hingga 72% dan 110 kN hingga 158 kN. Kajian ini menyimpulkan bahawa batuan Formasi Kudat didapati kurang sesuai untuk dijadikan agregat atau bahan binaan untuk pembinaan jalan raya dan bangunan berdasarkan piawai spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia. Namun demikian pendrian geomekanik batuan Formasi Kudat boleh ditingkatkan melalui beberapa kaedah

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: geological background, geological maps, geomechanics characterization, rock
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 16 Nov 2017 08:20
Last Modified: 16 Nov 2017 08:20
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17494

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository