Geologi am dan sedimentologi kawasan Kota Kinabalu Industrial Park Mengkabong

Hastuti Muin, (2015) Geologi am dan sedimentologi kawasan Kota Kinabalu Industrial Park Mengkabong. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Geologi am dan sedimentologli kawasan Kota Kinabalu .pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian ini merangkumi kawasan daripada Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) hingga ke Mengkabong. Secara lebih terperinci, kawasan kajian ini berkeluasan l00km persegi dan dibatasi oleh garis bujur 116°05'T hinooa 116°11'T dan garis lintang 6°5' U hingga 6° 10' U. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji aspek geologi am dan sedimentologi bagi menentukan sekitaran pengendapan sedimen kawasan kajian dengan lebih terperinci. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker yang berusia Eosen Akhir hingga Miosen Awal dan endapan aluvium yang berusia Kuatemer. Formasi Crocker di kawasan kajian terdiri daripada tiga jenis unit batuan iaitu unit batu pasir tebal (Fasis B), selang lapis batu pasir dan syal (Fasis C, 0 dan E) serta unit syal tebal (Fasis F). Kajian struktur lineamen, penapisan dan kekar pada kawasan kajian menunjukkan arah canggaan bertindak dari arah Barat laut - Tenggara. Struktur sedimen yang dijumpai di lapangan adalah seperti laminasi selari, laminasi silang, klasta lumpur, kesan beban dan gruf. Melalui analisis litolog, interpretasi asosiasi fades pada litotog-litolog tersebut menunjukkan kawasan kajian terdiri daripada endapan alur-Ievee, alur-Iob, dan migrasi lob. Sekitaran pengendapan bagi Facies B, C, D dan E adalah di kipas tengah manakala bagi dataran lembangan bagi Facies F. Fosil surih jenis Iknofacies Nereites yang ditemui di lapangan iaitu Cosmoraphe sp. dan Spirorhaphe sp yang merupakan petunjuk sekitaran laut dalam. Analisis petrografi menunjukkan batu pasir di kawasan kajian dikelaskan sebagai titik wak yang matang dari segi kimia tetapi tidak matang dari segi fizik dan mempunyai asalan sedimen orogen kitar semula.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: geology, sedimentology, depositional environment, Crocker Formation aged Late Eocene, Early Miocene, alluvium deposited aged Quaternary
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 16 Nov 2017 08:21
Last Modified: 16 Nov 2017 08:21
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17495

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository