Kesan pinggir hutan terhadap pemangsaan sarang burung tiruan di Sabah, Malaysia

Foo, She Fui (2015) Kesan pinggir hutan terhadap pemangsaan sarang burung tiruan di Sabah, Malaysia. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan pinggir hutan terhadap pemangsaan.pdf

Download (15MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan dari bulan Oktober 2014 hingga bulan Mac 2015 untuk mengkaji kesan pinggir hutan terhadap pemangsaan sarang burung tiruan di Sabah, Malaysia. Telur burung puyuh dan telur plastisin telah digunakan dalam kajian ini. Objektif kajian adalah (1) untuk menentukan kadar pemangsaan sa rang burung dart pinggir hutan hingga ke bahagian dalaman hutan, (2) mengenalpasti pemangsa sarang burung yang terdapat pada pinggir hutan dan bahagian dalaman hutan, dan (3) menentukan perkaitan di antara struktur habitat mikro dan kadar pemangsaan terhadap sarang burung juga ditentukan. Kajian ini telah mencatatkan kejayaan pemangsaan terhadap sarang burung sebanyak 18.2 peratus dalam sembilan hart dan enam malam bagi persampelan keseluruhan yang dijalankan. Peristiwa pemangsaan terhadap telur burung puyuh adalah 14.1 peratus manakala pemangsaan terhadap telur plastisin adalah 4.1 peratus. Kadar pemangsaan terhadap sarang burung adalah lebih tinggi pada pinggir hutan berbanding dengan bahagian dalaman hutan kerana dipengaruhi kesan pinggir hutan. Kajian ini juga terdapat corak yang berlainan dalam kadar pemangsaan terhadap sarang burung dart pinggir hutan hingga bahagian dalaman hutan di kawasan kajian yang berbeza. Penggunaan jenis telur yang berbeza iaitu telur burung puyuh atau telur plastisin dalam sarang burung adalah mempengaruhi kadar pemangsaan terhadap sarang burung. Kumpulan rodensia merupakan pemangsa utama dikenal pasti di kawasan kajian iaitu berdasarkan kesan gigitan daripada telur plastisin yang telah dimangsa. Litupan ranting, litupan rumput dan litupan tanah terdedah merupakan antara struktur habitat mikro yang dapat dilihat perbezaan di antara tiga kawasan kajian. Keputusan kajian juga memaparkan Iitupan sarap yang kurang dan lapisan kanopi yang kurang tebal serta taburan ranting yang kurang pada pinggir hutan telah mengundang kepada kadar pemangsaan terhadap sarang burung yang tinggi berbanding bahagian dalaman hutan. Tanah terdedah yang luas, litupan belukar yang tinggi dan litupan pokok rendah yang banyak pada pinggir hutan juga mempengaruhi kekerapan peristiwa pemangsaan berlaku. Hasil kajian akan mendapat corak yang lebih menarik dan jelas jika tempoh masa kajian dipanjangkan. Kaedah pemasangan perangkap kamera dalam penentuan jenis pemangsa yang hadir pada sarang burung boleh dipertimbangkan untuk kajian di masa hadapan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Edge effect, predation rate, artificial nest, plasticine egg, microhabitat
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 16 Nov 2017 08:21
Last Modified: 16 Nov 2017 08:21
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17497

Actions (login required)

View Item View Item