Pendidikan dan proses pemodenan masyarakat peribumi rumpun Dusun bukan Islam di Sabah (1881-1967)

Dayu Sansalu, (2002) Pendidikan dan proses pemodenan masyarakat peribumi rumpun Dusun bukan Islam di Sabah (1881-1967). Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Pendidikan dan proses pemodenan masyarakat.pdf - Submitted Version

Download (20MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui perkembangan pendidikan dan proses pemodenan masyarakat peribumi rumpun Dusun di Sabah antara tahun 1881 hingga 1967 dengan memberi tumpuan kepada perkembangan pendidikan dan kesannya terhadap sistem ekonomi dan politik tradisional masyarakat rumpun Dusun. Kajian ini cuba menunjukkan bahawa perkembangan pendidikan mengakibatkan perubahan terhadap cara hidup tradisional masyarakat rumpun Dusun dari segi ekonomi dan politik. Perbincangan dilakukan dalam sembilan bab yang memberi gambaran tentang keadaan masyarakat rumpun Dusun pada zaman tradisional. masa pemerintahan kesultanan Brunei dan Sulu, zaman SBBU dan zaman kolonial serta selepas Merdeka menerusi Malaysia sehingga tahun 1967. Masyarakat rumpun Dusun berasal dari kelompok Austronesia dan menggunakan bahasa-bahasa dalam rumpun bahasa Melayu-Polinesia. Mereka merupakan kumpulan etnik yang paling awal datang ke Sabah dari tanah besar Asia. Nama asal mereka adalah pelbagai iaitu mengikut nama tempat, pokok, sungai, bukit dan sebagainya. Namun demikian. orang Bajau dan Brunei menamakan mereka sebagai Dusun sahaja. Nama itu digunakan pada masa pemerintahan kesultanan Brunei, zaman SBBU dan zaman kolonial. Pada masa pemerintahan kesultanan Brunei dan Sulu, keadaan hidup orang rumpun Dusun adalah berbentuk tradisional. Pendidikan mereka berbentuk tidak formal iaitu diperoleh melalui pemerhatian dan amalan. termasuk pendidikan mengenai kepercayaan tentang kuasa ghaib dan Hmu bobolian. Keadaan hidup masyarakat rumpun Dusun juga tidak banyak berubah pada zaman awal pemerintahan SBBU. Perkembangan pendidikan Moden yang diperkenalkan oleh para mubaUgh Kristian pada tahun 1881 telah memberi kesan kepada orang Dusun terutama sekali orang Kadazan di Papar dan Penampang. kerana mereka lebih dahulu berpeluang mengikuti pendidikan Moden melalui sekolah mission yang didirikan oleh gereja Katolik. Mereka yang telah menamatkan pelajarannya, berjaya mendapat pekerjaan di pejabat-pejabat SBBU dengan gaji yang lumayan. Mereka inilah yang telah mula merubah cara hidup tradisional mereka kepada cara hidup Moden. Lantaran itu, pendidikan Moden yang dipelajari oleh orang Dusun telah memberi kesan yang positif kepada cara hidup mereka ke arah pemodenan. Bilangan anak-anak rumpun Dusun yang berpendidikan semakin bertambah ramai apabila sekolah vemakular. sekolah sukarela rakyat dan sekolah menengah didirikan di kawasan penempatan orang Dusun dan Kadazan. Sebagai kesan daripadanya, maka ramai orang Dusun dan Kadazan yang tidak lagi berminat dalam bidang pertanian. tetapi lebih tertarik dengan pekerjaan kolor putih dengan pulangan gaji yang lebih lumayan. Mereka telah meninggalkan cara hidup tradisional di kampung lalu berhijrah di bandar dan mengamalkan cara hidup moden. Dengan demikian, pendidikan telah memainkan peranan mengubah cara hidup orang Dusun. Pendidikan mod en yang mereka perolehi dan pengalaman asas-asas kepimpinan yang mereka alami di peringkat sekolah menengah serta atas dorongan dan pengalaman dalam pengurusan gereja, sistem politik tradisional orang Dusun dan Kadazan telah menerima dampaknya. Mereka mula melibatkan diri dalam organisasi politik semasa. Mereka telah menubuhkan persatuanpersatuan sukarela seperti Persatuan Kad~ Persatuan Kebudayaan Kadazan, Persatuan Dusun Bersatu dan sebagainya Melalui persatuan tersebut, maka lahirlah tokoh-tokoh pemimpin Kadazan dari Penampang yang akhirnya timbul kesedaran untuk menubuhkan parti politik masyarakat rumpun Dusun seperti UNKO, UNPMO, Pasok Momogun dan akhimya UPKO. Penubuhan parti-parti politik tersebut melahirkan golongan elit pemimpin Dusun dan Kadazan. Melalui parti politik tersebut, timbul kesedaran pemimpin-pemimpin Kadazan untuk mengubah identiti mereka dari Dusun kepada Kadazan. Cadangan penukaran identiti itu menyebabkan timbul krisis identiti dalam masyarakat rumpun Dusun termasuk masyarakat Sino-Kadazan yang akhirnya menyebabkan perpecahan perpaduan dalam masyarakat rumpun Dusun dan akibatnya pengaruh orang Dusun dan Kadazan telah merosot dan akhirnya mereka kehilangan kuasa dalam politik dalam tahun 1967. Dengan demikian, dapat dirumuskan bahawa pendidikan dan gereja Kristian Katolik memainkan peranan sebagai pemangkin terhadap proses pemodenan dalam masyarakat Dusun.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Uncontrolled Keywords: development of education, modernization, Dusun community
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 20 Nov 2017 02:14
Last Modified: 20 Nov 2017 02:14
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17507

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository