Persepsi guru terhadap perkongsian sekolah dan keluarga dalam meningkatkan pendidikan anak-anak : satu kajian di daerah Tuaran

Elizabeth Ebin, (2004) Persepsi guru terhadap perkongsian sekolah dan keluarga dalam meningkatkan pendidikan anak-anak : satu kajian di daerah Tuaran. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Persepsi guru terhadap perkongsian.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian berbentuk deskriptif dan perkaitan ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi guru-guru terhadap konsep perkongsian pendidikan antara sekolah dan keluarga dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan persepsi guru-guru terhadap (1) konsep perkongsian pendidikan dan peranan sekolah dalam menggalakkan penglibatan ibu bapa; (2) kaedah perkongsian yang digunakan oleh pihak sekolah; (3) isu-isu yang dibincangkan antara ibu bapa dan pihak sekolah dan (4) tahap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak mereka di sekolah. Pemilihan sampel melibatkan 5 buah sekolah menengah sekitar daerah Tuaran. Seramai 173 orang guru dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Data di analisis menggunakan perisian SPSS dengan merujuk kepada statistik deskriptif, ujian regresi berganda dan ujian Korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti responden mempunyai persepsi yang tinggi terhadap konsep perkongsian pendidikan. Bagi peranan sekolah dalam menggalakkan penglibatan ibu bapa mengikut 6 model penglibatan ibu bapa oleh Epstein, responden mempunyai persepsi yang tinggi terhadap tiga aktiviti yang menggalakkan penglibatan iaitu aspek membuat keputusan, komunikasi dan sukarela. Ujian Korelasi Pearson menunjukkan bahawa hubungan antara peranan sekolah dalam menggalakkan perkongsian keluarga dan sekolah dengan peningkatan prestasi akademik adalah negatif. Namun hubungan Ini adalah lemah. Bennakna hubungan antara persepsi responden terhadap penglibatan ibu bapa dalam aspek membuat keputusan dan sukarela tidak memberl kesan kepada peningkatan akademik pelajar. Kaedah perkongsian dan isu-isu yang dibincangkan di antara sekolah dan ibu bapa juga tidak mempengaruhl peningkatan akademik. Hanya isu berkaitan kaedah mengajar guru~ guru yang mempengaruhi peningkatan akademik. Jenis penglibatan yang paling banyak memberi kesan kepada peningkatan akademik pelajar lalah perbincangan dengan guru tentang pencapaian akademik anak-anak mereka. Guru-guru menyatakan bahawa kaedah menulis mesej dalam buku kerja, melalui nota, membuat temujanji dan melalui telefon sebagai kaedah yang paling banyak digunakan oleh pihak sekolah dalam menlngkatkan prestasi akademik pelajar. Dapatan kajian ini mencadangkan guru-guru mengamalkan sikap terbuka bagi menggalakkan komunikasi dua hala dan penglibatan ibu bapa di sekolah. Walaupun responden mempunyai persepsi yang tinggi terhadap konsep pendidikan namun perlaksanaannya masih perlukan bimbingan dan usaha yang lebih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: teacher, perception, education partnership, academic performance, parents, school
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 20 Nov 2017 02:16
Last Modified: 20 Nov 2017 02:16
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17512

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository