Pengumpul haba parabola bagi sistem pemanasan air

Nurul Ain Abdul Rahim, (2014) Pengumpul haba parabola bagi sistem pemanasan air. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pengumpul haba parabola bagi sistem pemanasan air.pdf

Download (506kB) | Preview

Abstract

Tenaga alternatif merupakan satu keperluan pada masa kini bagi mengurangkankebergantungan tenaga elektrik dalam kehidupan seharian. Tenaga suria mampu ditukarkan kepada pelbagai jenis tenaga. Dalam sistem pemanasan air berasaskantenaga suria, ianya mampu membekalkan tenaga haba seterusnya mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dalam penghasilan air panas. Justeru, penggunaanpengumpul haba parabola yang bergerak mengikut keamatan cahaya sekitaran mampu direka cipta bagi menghasilkan suhu air yang tinggi. Dalam kajian yang dilakukan pengumpul haba parabola yang bergerak mengikut keamatan cahaya matahari dicipta. Hanya sejenis penyerap haba yang digunakan iaitu aluminium. Prototaip ini menggunakan sensor cahaya bagi mengesan keamatan cahaya sekitaran. Parabola bergerak mengikut keamatan cahaya yang dominan yang diterima pada parabola. Parabola yang berkilat di bahagian dalam digunakan supaya bertindak seperti cermin yang mampu menfokuskan cahaya pada satu titik fokus. Air dari tangki dibiarkan melalui kawasan paip aluminium melalui proses termosifon dan melalui proses konduksi haba, haba yang diserap oleh paip aluminium dipindahkan kepada air. Bacaan suhu air diambil setiap satu jam. Kajian ini dijalankan pada bulan Mac dan diulang pada bulan April. Hasilnya, suhu air tertinggi dicatatkan ialah 38°C pada Mac dan 33°C pada April. Bacaan suhu air tertinggi mampu diperoleh pada jam 1.00 petang sehingga 2.00 petang. Secara keseluruhannya objektif kajian telah dicapai.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Alternative energy, electric , aluminium
Subjects: Q Science > QC Physics
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 21 Nov 2017 05:46
Last Modified: 21 Nov 2017 05:46
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17525

Actions (login required)

View Item View Item