Kepekatan logam berat dalam spesies gastropoda di kawasan Tanjung Dumpil,Putatan Sabah

Nadeen Serina Marcell Usup, (2014) Kepekatan logam berat dalam spesies gastropoda di kawasan Tanjung Dumpil,Putatan Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kepekatan logam berat dalam spesies gastropoda di kawasan Tanjung Dumpil,Putatan Sabah.pdf

Download (733kB) | Preview

Abstract

"Kepekatan dalam empat logam iaitu Kadmium (Cd), Kuprum (Cu), Plumbum (Pb) dan Zink (Zn) dalam spesies gastropoda seperti Ceritfiideopsilla djadjariensis, Chicoreus capucinus dan Nassanus dorsatus telah dikaji di kawasan Tanjung Dumpil. Lima stesen telah dipilih dan setiap stesen terbahagi pada tiga bahagian. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah penghadaman kering bagi gastropoda menggunakan asid nitrik manakala kaedah aqua regia dengan campuran asid nitrik dan asid hidrokiorik (lv: 3V) bagi sedimen seterusnya dianalisis menggunakan Inductively Couple Plasma-Opdcal emission Spectrometry (ICP-OES) laitu mesin pengesanan kandungan logam berat. Tambahan pula, julat kepekatan logam Cd, Cu, Pb dan Zn masing-masingb agi bahagianI si adalah 0.0051-0.0213 mg/kg, 0.0668- 0.5690 mg/kg, 0.0028-0.0170 mg/kg dan 0.5055-14.0852 mg/kg manakala bagi bahagian salur pencemaan adalah 0.0071-0.0476 mg/kg, 0.4389-17.0108 mg/kg, 0.0055-0.0273 mg/kg dan 1.0615-57.3079 mg/kg. Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungkait antara kepekatan logam berat dalam air dan gastropoda iaitu logam Zn dalam dengan logam Zn dalam bahagian isi (p<0.05=0.021; r=0.344) dan salur pencemaan (p<0.05=0.034; r=0.320) spesies n. dorsatus. : Hasil korelasi Pearson antara kepekatan logam berat dalam sedimen dan gastropoda spesies C. djadjanensisju ga menunjukkant erdapatnya hubungans ignifikan laitu antara logam Cd dengan logam Cd dalam salur pencemaan (p<0.01=0.001; r=0.462) manakala logam Cu dengan logam Cu dalam isi (p<0.05=0.018; r=0.355); logam Pb dengan logam Pb Is! (p<0.01=0.008; r=0.391) dan salur pencemaan (p<0.01=0.007; r=0.399) serta logam Zn dengan logam Zn isi (p<0.05=0.030; r=0.328). Kesemua logam berat yang dikaji didapati tidak melebihi had yang dibenarkan oleh kedua-dua piawalan iaitu Akta Makanan Malaysia 1983 dan FAO.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Nitric acid, aqua regia, CoupleP lasma-Opticael missionS pectrometry( ICP-OES)
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 21 Nov 2017 05:46
Last Modified: 21 Nov 2017 05:46
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17546

Actions (login required)

View Item View Item