Hubungan antara kecerdasan emosi dengan gaya kepimpinan guru bimbingan dan kaunseling sekolah rendah di zon Pantai Timur, Sabah

Naif Taupiang, (2013) Hubungan antara kecerdasan emosi dengan gaya kepimpinan guru bimbingan dan kaunseling sekolah rendah di zon Pantai Timur, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Hubungan antara kecerdasan emosi .pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian yang dilakukan ini adalah untuk melihat hubungan kecerdasan emosi dan gaya kepimpinan guru bimbingan dan kaunseling sekolah rendah di daerah Zon Pantai Timur, Sabah. Seramai 64 orang responden dari 42 sekolah rendah di daerah Zon Pantai Timur telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Data diperolehi dianalisis dengan menggunakan Program Statistical Packages For Social Science Versi 15.0 ( SPSS) . Kaedah kajian adalah dengan menggunakan borang soal selidik yang dibina berdasarkan kepada model kecerdasan emosi oleh Goleman ( 2002 ) yang terbahagi kepada dua perkara iaitu kategori personal ( Kesedaran kendiri, pengurusan kawalan kendiri dan motivasi kendiri ) serta kategori sosial ( kesedaran soSial/empati dan kemahiran sosial ) manakala Model gaya kepimpinan menggunakan Hay/McBer oleh Goleman ( 2000 ) yang mengemukakan enam gaya kepimpinan iaitu gaya paksaan, kuasa, afiliasi, demokrasi, memandu dan melatih telah digunakan dalam kajian ini. Penganalisis data dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi seperti skor min, peratus, kekerapan, ujian Anova satu-hala, regresi dan korelasi pearson U. jian ANOVA Satu-Hala digunakan untuk mencari perbezaan kecerdasan emosi berdasarkan umur, pengalaman bertugas dan gaya kepimpinan. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan[F(4,59)=1.215, p> 0.05]. kecerdasan emosi berdasarkan umur. Dapatan kajian turut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kecerdasan emosi berdasarkan pengalaman bertugas [F(4,59)=2.003p, > 0.05]. Seterusnya,kajian ujian ANOVA Satu-Hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan kecerdasan emosi berdasarkan gaya kepimpinan guru dimana terdapat kecerdasan emosi diperolehi dalam kalangan guru yang mengamalkan gaya kepimpinan demokrasi ( M=4.16, SP=. 32 ), gaya kepimpinan melatih ( M=4.15, SP=. 42 ) dan gaya kepimpinan afiliasi ( M=4.13, SP=. 14 ). Pekali korelasi pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan gaya kepimpinan demokrasi ( r=. 426, p<0.05) dan gaya kepimpinan melatih (r=. 383, p<0.05) guru bimbingan dan kaunseling. Oleh sebab itu, pengkaji mencadangkan agar kajian seumpama ini dapat diperluaskan kepada semua guru bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah mahupun sekolah menengah serta melibatkan populasi yang lebih luas.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 21 Nov 2017 05:44
Last Modified: 21 Nov 2017 05:44
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17605

Actions (login required)

View Item View Item