Hubungan antara kemahiran interpersonal dan intrapersonal terhadap penglibatan pelajar menengah dalam kegiatan kokurikulum

Norliza Lena Ajuh, (2014) Hubungan antara kemahiran interpersonal dan intrapersonal terhadap penglibatan pelajar menengah dalam kegiatan kokurikulum. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Hubungan antara kemahiran interpersonal.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Peranan kokurikulum dalam bidang pendidikan mencakupi pelbagai aspek kepada pelajar seperti memupuk integrasi nasional dalam kalangan pelajar berbilang kaum, membantu perkembangan hidup masyarakat dan pembentukan sahsiah pelajar itu sendiri. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah menjalankan kajian mengenai hubungan antara kemahiran interpersonal dan intrapersonal terhadap penglibatan pelajar menengah dalam kegiatan kokurikulum. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti jika terdapat perbezaan yang signifikan penglibatan pelajar menengah dalam kegiatan kokurikulum berdasarkan jantina dan juga mengkaji korelasi motivasi intrinsik dengan kemahiran intrapersonal dan motivasi ekstrinsik dengan kemahiran interpersonal. Kajian ini dijalankan di tiga buah sekolah menengah sekitar Daerah Semporna dan menggunakan sampel kajian seramai 300 orang pelajar. Rekabentuk kajian adalah menggunakan kaedah deskriptif dan kaedah inferensi melalui instrumen kajian berbentuk soal selidik. Data-data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan Statistical Package for Sosial Science (SPSS) for windows version 16.0 untuk mencari kekerapan, peratus, min dan analisis ujian-t serta ujian korelasi pearson. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan nilai Crontach's Alpha di mana nilai keseluruhan ialah 0.937. Dapatan yang diperolehi menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran interpersonal dan intrapersonal terhadap penglibatan pelajar menengah dalam kegiatan kokurikulum berdasarkan jantina. Nilai t bagi hipotesis nul 1 ialah -. 526 dan signifikan pada . 181, manakala nilai t bagi hipotesis nul 2 ialah -. 053 dan signifikan pada . 245. Oleh itu, hipotesis nul 1 dan 2 diterima. Namun begitu, terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran interpersonal dan intrapersonal terhadap penglibatan pelajar menengah dalam kegiatan kokurikulum masing-masing dengan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Nilai r bagi hipotesis 3 ialah 0.166 dan signifikan pada 0.04, nilai r bagi hipotesis 4 ialah 0.741 dan signifikan pada 0.00 manakala nilai r bagi hipotesis 5 ialah 0.329 dan signifikan pada 0.00. Oleh itu, hipotesis nul 3,4 dan 5 ditolak. Beberapa cadangan telah dibuat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan faktor-faktor yang menghalang penglibatan pelajar menengah dalam kegiatan kokurikulum seperti Pengurusan Unit Kokurikulum, pencapaian akademik pelajar, kemahiran generik dan komitmen guru. Hasil kajian ini harap dapat dijadikan panduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengatasi masalah penglibatan pelajar menengah dalam kegiatan kokurikulum yang sedang berlaku pada masa kini.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Co-curricular secondary students, gender, intrinsic motivation, extrinsic motivation, intrapersonal skills, interpersonal skills
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 23 Nov 2017 05:14
Last Modified: 23 Nov 2017 05:14
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17630

Actions (login required)

View Item View Item