Kajian bencana banjir di daerah Beaufort, Sabah

Eldawaty Madran, (2016) Kajian bencana banjir di daerah Beaufort, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Kajian bencana banjir.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di Daerah Beaufort iaitu di Bahagian Pedalaman Sabah. Kajian tertumpu di sekitar Pekan Beaufort dan kampung-kampung berhampiran dengannya dengan keluasan 59 km². Formasi Crocker membentuk kawasan tanah tinggi di bahagian Timur laut dan Tenggara manakala dataran banjir yang bertopografi rendah dengan julat ketinggian dari 4.5 meter hingga 11 meter terdiri daripada Endapan Aluvium Kuaterner dan Aluvium Resen. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor penyebab banjir, menentukan lokasi dan keluasan banjir berdasarkan ketinggian paras air sungai, menentukan keluasan gunatanah (infrastruktur dan pertanian) yang dipengaruhi dan berpotensi dilanda banjir, dan akhir sekali mengenalpasti kemungkinan banjir berlaku dan tahap intensiti bahaya banjir berdasarkant opografi kawasan,ja rak dari sungai utama dan topografi kedudukan gunatanah Infrastruktur dan pertanian. Tiga jenis analisis yang dijalankan dalam kajian ini iaitu analisis keluasan kawasan banjir berdasarkan paras air sungai menggunakan perisian Global Mapper 10, analisis multikriteria kemungkinan banjir berlaku dan analisis intensiti bahaya banjir. Analisis multikriteria bahaya banjir dan intensiti bahaya banjir melibatkan teknik pemberat dan ranking dengan menggunakan perisian Geographic Information System 9.0 (GIS 9.0) dan PenderiaanJ auh. Tiga parametert empatan yang digunakand alam analisisi ni iaitu topografi kawasan, jarak dari sungai utama dan topografi kedudukan gunatanah infrastruktur dan pertanian. Banjir yang berlaku dalam kawasan kajian adalah jenis banjir monsun. Banjir monsun dipengaruhi oleh faktor alam semulajadi seperti intensiti hujan yang tinggi semasa Monsun Timurlaut (Mac hingga November), kawasan tadahan sungai yang luas, topografi yang rendah dan hampir Iandai, corak sungai yang bermeander dan cetek, sistem saliran semulajadi dan perparitan yang kurang efektif. Antara kawasan yang mempunyai tahap intensiti bahaya banjir Tinggi adalah Pekan Beaufort, Kampung Klias Baru, Kampung Limbawang, Kampung Pintas, Kampung Malulugus, Kampung Melati, Kampung Bekalau, Kampung Cina, Kampung Jimpangah, Taman San Min, Kampung Balibata dan Kampung Binunuk. Kampung yang mempunyai tahap intensiti bahaya banjir Sangat Tinggi ialah Kampung Kubu dan Kampung Manalugus.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: flood, location, water level height, land use, topography area
Subjects: T Technology > TC Hydraulic engineering. Ocean engineering
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 27 Nov 2017 01:54
Last Modified: 27 Nov 2017 01:54
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17667

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository