Hubungan tret personaliti dengan bidang kerjaya dalam pentaksiran psikometrik

Minggu Amat, (2014) Hubungan tret personaliti dengan bidang kerjaya dalam pentaksiran psikometrik. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Hubungan tret personaliti dengan bidang.pdf

Download (857kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti adakah terdapat hubungan antara Tret Personaliti dengan Bidang Kerjaya beracuankan Teori Kerjaya Holland yang dijadikan asas instrumen perlaksanaan Pentaksiran Psikometrik dalam Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai sub komponen. Satu set soal selidik dengan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.956 bagi Tret Personaliti dan 0.926 bagi Bidang Kerjaya telah diedarkan untuk populasi 1680 murid sekolah-sekolah harian di Wilayah Persekutuan Labuan. 400 naskah soal selidik diedar dan hanya 312 dapat dikutip semula. Dari bilangan 200 responden yang Iengkap hanya 132 sahaja yang layak mewakili populasi kajian dijadikan sampel. Subjek kajian terdiri daripada murid tingkatan empat di tujuh buah sekolah harian. Dapatan data analisis statistik Korelasi Pearson dengan menggunakan SPSS versi 21, kajian menunjukkan Tret Personaliti dengan Bidang Kerjaya mempunyai aras hubungan positif signifikan, yang berupaya dijadikan bukti kukuh periunya pengurusan dan perancangan memilih kerjaya murid dilaksanakan di sekolah-sekolah menggunakan data Tret Personaliti bagi setiap murid secara congruence atau keserasian. Implikasi dapatan keseluruhan kajian akan menyumbang informasi berguna berkaitan hubungan Tret Personaliti dengan Bidang Kerjaya terutama kepada kalangan kaunselor sekolah, pengurus sekolah, ibubapa dan murid

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Job Factors, Career Types, Hollands Career theory, school based evaluation
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 27 Nov 2017 01:54
Last Modified: 27 Nov 2017 01:54
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17673

Actions (login required)

View Item View Item