Pengurusan pengajaran guru dan infrastruktur ICT serta persepsi pelajar dalam mata pelajaran ICT

Lee, Jen Shee Zee (2011) Pengurusan pengajaran guru dan infrastruktur ICT serta persepsi pelajar dalam mata pelajaran ICT. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Pengurusan pengajaran guru.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Guru seringkali diibaratkan sebagai pengurus dalam bilik darjah. Pengurusan pengajaran guru merupakan pedoman kepada guru dalam menguruskan bilik darjah. Sejajar dengan ledakan teknologi, mata pelajaran Information Communication Technology (ICT) telah diperkenalkan kepada pelajar di peringkat menengah atas. Dengan penawaran mata pelajaran tersebut, kemudahan Infrastruktur ICT menjadi elemen yang penting dalam pembelajaran. Maka kajian ini akan melihat hubungan di antara pengurusan pengajaran guru dengan kemudahan Infrastruktur ICT yang dibekalkan oleh sekolah. Di samping itu, kajian juga mengkaji tentang persepsi pelajar terhadap pengurusan pengajaran guru dan Infrastruktur ICT. Analisis data dalam penyelidikan ini dibuat secara kuantitatif. Data dalam kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada 175 orang pelajar Tingkatan 4 dart enam buah sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu. Instrumen kajian diadaptasi dari Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS), Shelby County Schools Rubric for Essential Conditions dan Rubric of Essential Technology Conditions (RETC). Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 16.0. Dapatan kajian menunjukkan wujud hubungan signifikan yang sederhana di antara pengurusan pengajaran guru, infrastruktur ICT dan persepsi pelajar dalam mata pelajaran ICT. Berdasarkan dapatan kajian, pengurusan pengajaran guru, Infrastruktur ICT mempunyai pengaruh terhadap persepsi pelajar dalam mats pelajaran ICT.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: teaching management, ICT infrastructure, school, perception
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 30 Nov 2017 06:17
Last Modified: 30 Nov 2017 06:17
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17707

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository