Kajian populasi Rafflesia pricei Meijer (Rafflesiaceae) di Hutan Simpan Rafflesia, Tambunan, Sabah,

Leow, Yu Lee (2015) Kajian populasi Rafflesia pricei Meijer (Rafflesiaceae) di Hutan Simpan Rafflesia, Tambunan, Sabah,. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kajian populasi Rafflesia pricei.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian populasi Rafflesia pricei Meijer (Rafflesiaceae) telah dijalankan di Hutan Simpan Rafflesia, Tambunan, Sabah, Malaysia pada Januari 2015. Kajian ini dilakukan dengan objektif untuk (1) menentukan kepadatan populasi Rafflesia pricei di Hutan Simpan Rafflesia dan (2) mengetahui bilangan individu dan keadaan populasi R. pricei di Hutan Simpan Rafflesia. Kepadatan populasi dikaji dengan membina satu plot kudrat yang bersaiz 50m x 50m. Bilangan R. pricei yang berada dalam pelbagai peringkat pertumbuhan dikira satu demi satu dengan bantuan pembinaan 10m x 10m subplot. Kajian bagi mengetahui bilangan individu R. pricei dalam pelbagai kategori dijalankan dengan mendapat bantuan daripada data sekunder Jabatan Perhutanan Sabah, Tambunan. Antara maklumat yang digunakan daripada data sekunder hanya termasuk tiga plot Tetrastigma sahaja, iaitu 68,69 dan 185 dad tahun 2012 hingga 2013. Data dianalisis dengan menggunakan formula bagi mengirakan kepadatan populasi. Kepadatan populasi R. pricei mencapai satu kilometer persegi meliputi 61 individu dan dianggarkan mencapai sebanyak 248. per ha' dalam Hutan Simpan Rafflesia yang berkeluasan 356 hektar. Bilangan individu R. pricei bagi setiap bulan turun naik berterusan dalam tempoh masa antara tahun 2012 hingga 2013. Pengaruh utama yang menjejaskan bilangan individu dalam sesebuah populasi adalah kewujudan pemangsa dalam habitat.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Rafflesia pricel, Rafflesia Forest Reserve, Tambunan, Population density, Growth rate
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 08 Dec 2017 06:21
Last Modified: 08 Dec 2017 06:21
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17745

Actions (login required)

View Item View Item