Pengaruh peranan guru dan ibu bapa terhadap pencapaian UPSR murid di sekolah-sekolah pedalaman Sabah menerusi program Pensiangan-Salinatan

Norhayati Ramlan, (2013) Pengaruh peranan guru dan ibu bapa terhadap pencapaian UPSR murid di sekolah-sekolah pedalaman Sabah menerusi program Pensiangan-Salinatan. UNSPECIFIED thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Pengaruh peranan guru dan ibu bapa.pdf

Download (24MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh peranan guru dan ibu bapa yang menyertai Program Pensiangan-Salinatan di daerah Nabawan terhadap pencapaian murid dalam peperiksaan UPSR. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti pengaruh elemen profesionalisme keguruan dan penglibatan ibu bapa yang ditekankan menerusi program ini terhadap peranan masing-masing dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid. Terdapat empat elemen profesionalisme keguruan yang ditinjau dalam kajian IN berdasarkan pengisian program iaitu aspek kandungan mata pelajaran, kemahiran mengajar, indigenous pedagogy dan motivasi did. Manakala elemen penglibatan ibu bapa yang dikaji ada dua iaitu aspek kesedaran dan pengetahuan terhadap kepentingan pendidikan. Kajian tinjauan ini melibatkan sampel seramai 488 orang yang terdiri daripada tiga kelompok responden iaitu guru, ibu bapa dan murid Tahun Enam daripada 15 buah sekolah peserta Program Pensiangan-Salinatand aerah Nabawan tahun 2010. Variabel kajian telah diuji menggunakan statistik deskriptif dan inferens yang melibatkan ANOVA, korelasi Pearson, regresi linear serta regresi berganda (stepwise). Hasil kajian mendapati peranan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid memberi pengaruh sebanyak 43.3% terhadap pencapaian UPSR sementara peranan ibu bapa pula menyumbang sebanyak 56.8%. Hal ini bermakna, di kawasan pedalaman peranan ibu bapa lebih dominan bagi mempengaruhi murid dalam pencapaian akademik. Di samping itu, analisis regresi mudah terhadap empat elemen profesionalisme keguruan mendapati keempat-empat elemen tersebut mempunyai pengaruh terhadap peranan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Indigenous pedagogy merupakan penyumbang terbesar terhadap peranan guru iaitu sebanyak 12.7% diikuti komponen motivasi diri (11.7%), kemahiran mengajar (9.2%) dan aspek kandungan mata pelajaran (7%). Namun begitu, menerusi analisis regresi berganda (stepwise) didapati hanya elemen indigeneous pedagogy sahaja yang menyumbang pengaruh secara signifikan terhadap peranan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu sebanyak 12.7%. Hal ini bermakna elemen indidgeneous pedagogy amat penting diterapkan dalam kaedah pengajaran guru di kawasan pedalaman agar memudahkan murid menerima ilmu pengetahuan yang disampaikan secara berkesan. Manakala aspek kesedaran pula merupakan penyumbang terbesar terhadap peranan ibu bapa iaitu sebanyak 16.4% diikuti aspek pengetahuan hanyalah sebanyak 3.6%. Berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan, Program Pensiangan-Salinatan relevan dalam membantu guru di pedalaman memantapkan tahap profesionalisme keguruan di samping menarik penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran murid agar kedua-dua pihak dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dan seterusnya membantu menambahbaik pencapaian murid dalam UPSR. Walau bagaimanapun, pengisian program ini perlu diperbaiki dengan memfokuskan kepada pemantapan penerapan kaedah indigenous pedagogy dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan penglibatan ibu bapa menerusi pendekatan yang lebih efektif.

Item Type: Thesis (UNSPECIFIED)
Uncontrolled Keywords: UPSR, primary school, achievement, parents, participation, program
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 28 Dec 2017 22:36
Last Modified: 04 Apr 2018 02:05
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17806

Actions (login required)

View Item View Item