Penggunaan komputer dalam proses pengajaran tunjang sains dan teknologi di daerah Tuaran, Sabah

Faridah Sh. Endun, (2016) Penggunaan komputer dalam proses pengajaran tunjang sains dan teknologi di daerah Tuaran, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Penggunaan komputer dalam proses.pdf

Download (18MB) | Preview

Abstract

Penggunaan ICT sebagai komponen multimedia utama yang merupakan alat perangsang pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah suatu inovasi baru dalam pendidikan awal kanak-kanak. Guru Prasekolah digalakkan menggunakan ICT bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Namun sering dikatakan kurangnya penggunaan ICT dalam kalangan guru prasekolah. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi guru prasekolah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran Tunjang Sains dan Teknologi. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji secara mendalam amalan penggunaan ICT dalam pengajaran Tunjang Sains dan Teknologi melalui persepsi guru prasekolah. Seramai lima orang guru prasekolah di daerah Tuaran yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif melalui kaedah kajian kes yang menggabungkan teknik pengumpulan data secara temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen (RPH guru prasekolah). Dapatan kajian ini mendapati persepsi guru prasekolah terhadap penggunaan ICT adalah positif, mereka berpendapatp enggunaanIC T memberi banyak faedah dalam kehidupanm ereka. Walau bagaimanapun penggunaan ICT kurang diaplikasikan dalam bilik dadah ekoran kurang mengetahui strategi pengajaran yang sesuai untuk mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan beberapa kekangan yang dihadapi seperti peralatan ICT tidak Iengkap, sukar mengawal murid semasa menggunakan ICT dan kekangan masa untuk menggunakan ICT. Dapat dirumuskan bahawa, kemahiran ICT guru bukanlah satu masalah lagi pada masa kini, apa yang penting adalah penyediaan peralatan ICT yang Iengkap dan kursus ICT yang memberikan makiumat bagaimana untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: ICT, Preschool teachers, perception, teaching and learning
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 28 Dec 2017 22:35
Last Modified: 28 Dec 2017 22:35
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17841

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository