Pembinaan dan penerapan modul kecerdasan emosi sosial dan peningkatan kemahiran insaniah

Lalla Wati Madlan @ Endalan, (2016) Pembinaan dan penerapan modul kecerdasan emosi sosial dan peningkatan kemahiran insaniah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Pembinaan dan penerapan modul kecerdasan emosi sosial dan peningkatan kemahiraninsaniah.pdf

Download (803kB) | Preview

Abstract

Cabaran globalisasi masa kini menjadikan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan dalam kalangan pelajar lepasan universiti adalah sangat tinggi. Setiap organisasi memerlukan calon yang berupaya membawa syarikat ataupun organisasi masing-masing ke arah yang lebih cemerlang. Graduan yang mempunyai kemahiran insaniah lebih berpeluang merebut jawatan yang ditawarkan. Kemahiran insaniah berkait dengan kecerdasan emosi dan saling berkait satu sarna lain. Kemunculan konsep kecerdasan emosi bermula daripada teori kecerdasan pelbagai yang dikemukakan oleh Howard Gardner pad a tahun 1983. Sejak daripada itu, banyak kajian yang dilakukan untuk mengenal pasti hubungan di antara kecerdasan emosi ataupun pengaruhnya ke atas beberapa aspek dalam psikologi seperti stres, penilaian kendiri dan juga pencapaian. Kajian lepas juga telah membuktikan bahawa kecerdasan emosi boleh ditingkatkan melalui latihan. Oleh yang demikian, Modul Latihan Kecerdasan Emosi Sosial telah dibentuk dan mengandungi lima belas (15) kemahiran berdasarkan model kecerdasan emosi sosial daripada Bar-On. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti adakah latihan kecerdasan emosi yang dibentuk ini dapat meningkatkan tahap kecerdasan emosi sosial. Kajian reka bentuk kuasi eksperimental ini menggunakan laporan penilaian kendiri yang diberikan ketika ujian pra dan pasca setelah 14 minggu latihan. Setiap latihan adalah selama 2 jam seminggu. Pelajar tahun 2 daripada Siok Psikologi, Universiti Malaysia Sabah menjadi peserta dalam kajian ini dan 19 orang pelajar dipilih masuk dalam kumpulan eksperimen dan menerima intervensi sementara 22 orang lagi pelajar dipilih untuk kumpulan kawalan. Pemilihan peserta adalah berdasarkan pelajar yang mendapat nilai rendah tahap kecerdasan emosi sosial menggunakan emotional Quotient inventory (EQ-i) yang mengandungi 133 item, dibahagikan kepada 5 komponen dan 15 sub skala. Ujian pra diberikan pada awal semester yang bertujuan untuk mendapatkan skor asas dan perbandingan untuk hasil selepas peserta menerima latihan menggunakan Modul Latihan Kecerdasan Emosi Sosial yang dibina sendiri oleh pengkaji. Hasil kajian melaporkan terdapat 11 kemahiran kecerdasan emosi sosial daripada modul ini telah meningkat selepas latihan diberikan kepada kumpulan rawatan. Manakala untuk dalam kumpulan kawalan, hanya dua yang melaporkan slgnifikan namun skor yang diperoleh adalah menurun. Perbandingan di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan pula melaporkan hampir keseluruhan komponen kecerdasan emosi sosial (iaitu intrapersonal, interpersonal, penyesuaian dan juga pengurusan stres) serta 7 sub skala kecerdasan emosi sosial meningkat. Secara kesimpulannya, peserta dalam kajian ini telah menunjukkan peningkatan skor kecerdasan emosi sosial setelah latihan diberikan. Modul yang dibina ini menyumbang kepada perkembangan ilmu khususnya dalam bidang kecerdasan emosi sosial dan kepentingannya kepada universiti dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja berjaya dalam akademik tetapi juga mempunyai kualiti diri yang amat diperlukan dalam industri masa kini.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Soft Skills, Emotional Intelligence, Module Training of Emotional-Social Intelligence
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 03 Jan 2018 04:58
Last Modified: 03 Jan 2018 04:58
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17909

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository