Ketoksikan cypermethrin dan cyfllithrin terhadap kumbang badak dewasa

masdah mawi, (2016) Ketoksikan cypermethrin dan cyfllithrin terhadap kumbang badak dewasa. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Ketoksikan Cypermethrin dan Cyfllithrin terhadap kumbang badak dewasa.pdf

Download (990kB) | Preview

Abstract

"Kajian ketoksikan Cypennethrin dan Cyfluthrin terhadap kumbang badak dewasa telah dijalankan di Makmal Umum 5, Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah Kampus Sandakan. Kajian ini telah dilaksanakan selama 2 bulan (Julai 2015 hingga bulan Ogos 2015). Kajian ini telah melibatkan empat peringkat eksperimen iaitu pengumpulan sampel, penjagaan kumbang, penyediaan stok larutan pestisid dan ujian bioasai. Sampel kumbang badak dewasa telah diambil dari dua buah ladang kelapa sawit persendirian di sekitar SUngai Satang, Sandakan yang ditangkap menggunakan perangkap feromon selama 12 hari berturut-turut. Kajian ini telah menggunakan lima rawatan (satu rawatan kawalan) dengan masing-masing sebanyak lima replikasi untuk kedua-dua bahan aktif. LCso bagi mortaliti kumbang telah dianalisis menggunakan perisian Probit PoloPluS© (LeOra Software 2(02) dan perbezaan masa mortaliti bagi kedua-dua jenis insektisid telah dianalisis menggunakan Microsoft Excel 2013. Ujian lRe menerima hipotesis null; garisan regresi bagi Cypermethrin dan Cyfluthrin adalah selari (chi square = 0.96, df = 2, P>0.05). Ujian lRp menerima hipotesis null; garis kecerunan (slope) dan garis (memintas) adalah sarna (chi square = 0.42, df = 1, P>O.OS). Keadaan ini menunjukkan bahawa kedua-dua insektisid tersebut memberi respon relatif kimia yang sama terhadap mortaliti kumbang badak dewasa."

Item Type: Academic Exercise
Additional Information: Rhinoceros beetle, Sungai Batang,Sandakan, oil palm plantations
Subjects: S Agriculture > SF Animal culture
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 10 Jan 2018 13:03
Last Modified: 10 Jan 2018 13:03
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18047

Actions (login required)

View Item View Item