Geologi am dan sedimentologi kawasan sekitar Hutan Rizab Timimbang, Selatan Paitan, Sabah

Siti Sofea Moideen, (2015) Geologi am dan sedimentologi kawasan sekitar Hutan Rizab Timimbang, Selatan Paitan, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Geologi am dan sedimentologi kawasan.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian merangkumi kawasan sekitar Hutan Rizab Timimbang yang dipetakan seluas anggaran 100 kilometer persegi yang dibatasi garis bujur 117° 11 'T hingga 117 ° 15'T dan garis lintang 06 °05'U hingga 06 °08'U. Kawasan kajian terdiri daripada endapan Formasi Crocker yang berusia Easen Akhir hingga Miosen Awal. Formasi Crocker merupakan endapan laut dalam di mana unit batuannya adalah batu pasir masif dan selang lapis antara batu pasir dan syal. Formasi Crocker diendapkan di lembangan besar oleh arus turbidit Struktur geologi yang ditemui di kawasan kajian adalah struktur lapisan, kekar dan lineamen positif serta negatif. Kawasan kajian mengalami canggaan tektonik yang berarah Timurlaut-Baratdaya. Jujukan Formasi Crocker di kawasan kajian dibahagikan kepada 4 fasies iaitu Fasies A, Fasies B, Fasies C dan Fasies D. Fasies A terdiri daripada unit batu pasir tebal yang bersaiz granul sehingga halus. Struktur kesan beban dapat dijumpai pada fasies ini. Fasies B terdiri daripada unit batu pasir tebal juga namun saiz butirannya adalah kasar ke halus. Struktur yang dapat dijumpai pada fasies ini adalah flut dan gruf. Fasies C pula terdiri daripada selang lapis antara batu pasir dan syal dan struktur yang terdapat pada fasies ini adalah laminasi. Fasies D terdiri daripada unit batu pasir selang lapis syal di mana ketebalan syal adalah lebih berbanding batu pasir. Persekitaran pengendapan merupakan endapan kipas laut dalam iaitu pada kipas tengah. Batu pasir Formasi Crocker di kawasan kajian dikelaskan sebagai greiwak litik dan menunjukkan kematangan dari segi kimia. Batu pasir ini juga menunjukkan asalah orogen kitar semula. Kawasan kajian telah mengalami canggaan akibat dari daya mampatan tektonik arah Timur laut-Barat daya.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Crocker Formation, Late Eosen, Early Miocene, geology, sandstone
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 29 Jan 2018 14:59
Last Modified: 29 Jan 2018 14:59
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18525

Actions (login required)

View Item View Item