Kajian sifat elektrik komposit nano campuran geopolimer dan CNF dengan teknik Electrochemical Impedance Spectroscopy (EIS)

Lubna Nadzir, (2015) Kajian sifat elektrik komposit nano campuran geopolimer dan CNF dengan teknik Electrochemical Impedance Spectroscopy (EIS). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kajian sifat elektrik komposit .pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Teknologi nano merupakan satu kajian dan aplikasi mengenai bahan yang sangat kecil (Iebih kurang 1 sehingga 100 nm) yang boleh digunakan dalam semua bidang sains seperti kimia, biologi, fizik, sains bahan dan kejuruteraan. Kajian ini lebih memfokuskan ke arah bidang sains bahan dimana komposit nano campuran geopolimer dan gentian karbon nano (CNF) dikaji dari sudut keelektrikannya melalui tiga peratus berat (0.0%, 1.0%, dan 2.0%) dan dua suhu pensinteran yang berbeza (700⁰C dan 800⁰C). Oleh itu, enam sampel telah disediakan bagi memenuhi objektif kajian ini. Sifat elektrik komposit nano dianalisis dengan menentukan parameter tangent loss (tan 8), kekonduksian (σ), rintangan (R) dan kapasitan (C) dengan menggunakan Electrochemical Impedance Spectroscopy (EIS). Dalam penghasilan geopolimer, larutan pengaktif alkali yang terdiri dari larutan 8 M Na₂SiO₃ dan 10 M NaOH telah disediakan terlebih dahulu. Geopolimer yang digunakan dalam kajian ini adalah meta kaolin yang disediakan dari bahan kaolinit yang telah dikalsinkan selama tiga jam pada suhu 800°C. Sampel metakaolin tersebut seterusnya dicampur dengan tiga peratus berat CNF yang berbeza iaitu 0.0%, 1.0%, dan 2.0% dan menjalani proses perawatan selama 24 jam pada suhu 60°C, Seterusnya, setiap peratus CNF yang ditetapkan ke dalam komposit nano tersebut melalui proses pensinteran pada suhu 700°C dan 800°C selama satu jam dan seterusnya dianalisis oleh EIS. Kajian mendapati kekonduksian 0.0% CNF pada suhu 700°C adalah yang tertinggi iaitu 3.316 x 10⁻⁶ Ω⁻¹ cm⁻¹ manakala bagi suhu 800°C, 1.0% CNF menunjukkan nilai kekonduksian paling tinggi iaitu 3.673 x 10⁻⁶ Ω⁻¹ cm⁻¹.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: nanocomposite, geopolymer, electrical properties, CNF, nanotechnology, alkali activator
Subjects: Q Science > QC Physics
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 29 Jan 2018 15:00
Last Modified: 29 Jan 2018 15:00
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18532

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository