Tahap kesedaran dan pengetahuan mahasiswa UMS terhadap penggunaan bahan plastik

Sitti Norhasyima Mohammad Jenyol, (2015) Tahap kesedaran dan pengetahuan mahasiswa UMS terhadap penggunaan bahan plastik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Tahap kesedaran dan pengetahuan.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi memenuhi dua objektif utama iaitu untuk menentukan tahap kesedaran dan pengetahuan mahasiswa UMS terhadap penggunaan bahan plastik dan mencadangkan langkah-Iangkah untuk mengurangkan dan mengawal penggunaan bahan plastik bagi mencegah penghasilan sisa plastik yang banyak di persekitaran. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah borang soal selidik yang diedarkan kepada 100 responden iaitu mahasiswa UMS yang terdiri daripada latar belakang berbeza. Skop kajian merangkumi jantina, aliran pengajian, kesedaran penggunaan plastik, keprihatinan masalah persekitaran dan pengetahuan terhadap bahan plastik. Secara keseluruhan kajian didapati tahap kesedaran mahasiswa terhadap penggunaan bahan plastik berada pada tahap yang memuaskan iaitu 74.4% manakala tahap pengetahuan berada di tahap sederhana iaitu 58.17%. Terdapat beberapa langkah dikenalpasti melalui respon yang diberikan oleh beberapa responden termasuklah penubuhan persatuan alam sekitar, menyokong usaha konsep Eco-campus, kempen dan pengiklanan serta penyediaan kemudahan. Sebagai mahasiswa yang diangga sebagai modal insan seharusnya meningkatkan tahap keprihatinan dan kesedaran terhadap pengunaan bahan plastik agar dapat memberikan contoh yang baik kepada masyarakat luar terutama sekali golongan muda untuk menyedari tentang bahayanya bahan plastik kepada manusia dan juga alam sekitar.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: awareness, student, plastic materials, environment
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 29 Jan 2018 15:00
Last Modified: 29 Jan 2018 15:00
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18534

Actions (login required)

View Item View Item