Hubungan kaedah pengajaran efektif guru dengan minat belajar pelajar kelas pemulihan khas

Emran Madrus, (2009) Hubungan kaedah pengajaran efektif guru dengan minat belajar pelajar kelas pemulihan khas. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
Hubungan kaedah pengajaran.pdf

Download (12MB)

Abstract

Pelaksanaan kaedah pengajaran efektif kepada pelajar kelas pemulihan khas di sekolah rendah bukanlah satu tugas yang mudah kerana murid-murid pemulihan khas bukan golongan kumpulan homogenous tetapi merupakan individu-individu yang sang at berbeza dari aspek keperluan unik Individu. Kejayaan pelajar dalam kelas pemulihan khas bergantung kepada cara pelaksanaan dan kaedah pengajaran efektif guru. Untuk melaksanakan pengajaran efektif memerlukan guru yang efektif dan berkemahiran. Oleh itu Kajian inl membincangkan mengenai hubungan pengajaran efektif guru dengan minat belajar pelajar kelas pemulihan khas. Sasaran utama kajian adalah guru-guru pemulihan yang bertugas di sekolah-sekolah rendah dalam daerah Tenom, Sabah. Objektif utama kajian adalah untuk melihat hubungan kaedah pengajaran efektif guru dengan minat belajar pelajar kelas pemulihan, dan seterusnya mengenal pasti latar belakang guru-guru pemulihan dan kaedah pengajaran yang digunakan dalam kelas pemulihan. Kajian tinjauan berbentuk kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 40 orang guru pemulihan dijadikan responden kajian. Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sceinces (SPSS) dan dilaporkan secara deskriptif dan inferensl, untuk menghuraikan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai, serta menguji hipotesis kajian melalui Korelasi Pearson. Dapatan kajian secara amnya menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah pengajaran efektif guru dengan minat belajar pelajar kelas pemulihan khas (r=0.433, p<0.05). Selain itu kajian menunjukkan bahawa kebanyakan guru-guru pemulihan yang ditempatkan di daerah Tenom adalah terdiri daripada guru-guru berpengalaman (95%), berkelulusan khas (KDP14 Minggu = 23%, KSPK = 27%, diploma khas = 32%, Ijazah = 13%, tiada sijil = 5%), dan guru-guru muda (82%). Hasil analisis juga didapati minat belajar pelajar merupakan nilai min keseluruhan tertinggi iaitu 75.98 dan ini menunjukkan faktor ini adalah paling dominan di kalangan murid pemulihan, kemudian diikuti oleh kaedah pengajaran efektif guru iaitu 71.55. Min keseluruhan bagi kedua pemboleh ubah kajian ialah 147.S2.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: primary schools, teaching method, learning interest, remedial class
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 29 Jan 2018 14:59
Last Modified: 29 Jan 2018 14:59
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18552

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository