Penggunaan perisian multimedia pendidikan dalam pengajaran sains sekolah rendah

Afidah Matsod, (2009) Penggunaan perisian multimedia pendidikan dalam pengajaran sains sekolah rendah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
Penggunaan perisian multimedia.pdf

Download (13MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tentang penggunaan perisian multimedia pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah rendah. Satu set soal selidik yang terdiri daripada lima bahagian digunakan sebagal instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada 133 orang guru yang mengajar mata pelajaran Sains di 31 buah sekolah rendah di daerah Papar. Penganalisisan data yang diperolehi telah dijalankan dengan bantuan perisian komputer melalui program SPSS versi 15. Dua jenis statistik digunakan iaitu statistik deskriptif untuk melihat kekerapan, peratusan, skor min dan sisihan piawai, manakala statistik inferensi yang melibatkan Ujian-t dilakukan untuk melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan perislan multimedia pendidikan dengan kelulusan akademik, bidang pengkhususan dan pengalaman mengikuti kursus komputer, analisis ANOVA Satu Hala digunakan untuk mengenal pasti perbezaan yang signifikan penggunaan perislan multimedia pendidikan berdasarkan faktor gred sekolah, umur dan pengalaman mengajar, manakala Ujian Korelasi Pearson dua arah digunakan untuk melihat hubungan antara penggunaan perisian multimedia pendidikan dengan perancangan dan pengurusan pengajaran guru serta kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan perisian multimedia pendidikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan perisian multimedia pendidikan bagi guru-guru Sains ini adalah tinggi (min 2.80). Tahap perancangan dan pengurusan pengajaran guru Sains juga berada pada tahap yang tinggi (min 2.76), namun tahap kemahiran komputer dan perisian multimedia pendidikan serta kekangan yang dihadapi adalah sederhana dengan nilai 2.59 dan 2.51. Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan perisian multimedia pendidikan berdasarkan faktor umur dan pengalaman mengajar. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan daiam penggunaan perisian multimedia pendidikan berdasarkan faktor gred sekolah, kelulusan akademik, bidang pengkhususan dan pengalaman mengikuti kursus komputer. Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan perisian multimedia pendidikan dengan perancangan dan pengurusan pengajaran guru Sains serta kekangan yang dihadapi oleh guru Sains. Melalui kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan lagi penguasaan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan perislan multimedia pendidikan agar pelaksanaan penggunaan ICT dalam dunia pendidikan berjaya mencapai matlamatnya, seterusnya meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan di Malaysia

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: multimedia software, teaching and learning, science subject, primary school
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 09 Feb 2018 07:00
Last Modified: 09 Feb 2018 07:00
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18685

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository