Hubungan antara pengurusan disiplin dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah luar bandar di daerah Keningau

Monica Ambau, (2013) Hubungan antara pengurusan disiplin dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah luar bandar di daerah Keningau. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Hubungan antara pengurusan disiplin.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara pengurusan disiplin dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah luar Bandar di daerah keningau. Sebanyak empat buah sekolah yang terlibat dalam kajian ini. Keempatempat sekolah ini dipilih melalui kaedah rawak bertujuan. Sampel kajian ini terdiri daripada 136 orang guru. Kaedah ini menggunakan kaedah tinjauan dan data diperolehi daripada kaedah soal selidik yang menggunakan skala likert empat mata dan lima mata. Soal selidik yang digunakan sebagai instrument kajian ini yang telah diubahsuai daripada penyelidik-penyelidik lepas seperti Cecelia (2011), Ishak (2004), Kamsiah (2009). Darjah Kebolehpercayaan (Alfa Cronbach) bagi instrument yang digunakan dalam kajian ini lalah 0.963. data dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For the Social Science (SPPS) for Windows versi 20.0. stastistik deskritif serta statistik inferensi iaitu Ujian t dan analisis korelasi pearson digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian melalui ujian t mendapati tidak terdapat perbezaan skor min pelaksanaan disiplin berdasarkan jantina. Hasil kajian juga mendapati, tidak terdapat hubungan signifikan antara pengurusan disiplin dengan pencapaian akademik pelajar. ini kerana r= -. 043. Ini menunjukkan hubungan antara pengurusan disiplin dengan akademik adalah sangat lemah. Walaupun terdapat hubungan yang sangat lemah, namun dicadangkan agar semua pihak yang berkaitan tidak memandang ringan tentang isu pengurusan disiplin. Sebaliknya berkerjasama untuk terus memantapkan lagi pengurusan disiplin di sekolah dari masa ke semasa. Dan di harap melalui kajian ini dapat menyedarkan guru-guru agar memantapkan pedagogi mereka semasa P&P agar pelajar lebih bermotivasi untuk memajukan diri mereka kearah pencaapaian akademik yang cemerlang seiring dengan memiliki sahsiah yang baik.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: management, student discipline, academic achievement, rural secondary schools
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 18 Feb 2018 11:56
Last Modified: 18 Feb 2018 11:56
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18702

Actions (login required)

View Item View Item