Hubungan antara pendekatan pembelajaran dengan pencapaian Sains murid tahun enam sekolah rendah di daerah Beluran Sabah

Oliyabra Madyusa, (2013) Hubungan antara pendekatan pembelajaran dengan pencapaian Sains murid tahun enam sekolah rendah di daerah Beluran Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Hubungan antara pendekatan .pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan hubungan antara pendekatan pembelajaran dengan pencapaian Sains murid tahun enam sekolah rendah Luar Bandar Daerah Beluran, Sabah. Sejumlah 300 murid sekolah rendah dari 16 buah sekolah terlibat dalam kajian ini. Pendekatan pembelajaran yang dikaji berdasarkan Teori Pendekatan Pembelajaran Dunn dan Dunn iaitu Pendekatan Pembelajaran Persekitaran, Emosional, Sosiologi, Fizikal dan Psikologi. Tahap pencapaian Sains dikenalpasti dalam kajian ini adalah sama ada Gred A, B, C, D atau E. Indikator bagi pencapaian Sains ialah keputusan peperiksaan Sains Semester 1 dan Semester 2. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Instrumen ini mempunyai tingkat kebolehpercayaan. 853 hasil daripada kajian sebenar dan . 845 hasil daripada kajian rintis yang dijalankan ke atas 50 orang responden. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah Kuantitatif. Data dianalisis dengan menggunakan perisianSPSS(Statistical Packages for Social Sciences) Version 16.0 for Windows. Sebanyak sembilan persoalan dikemukakan dalam kajian ini dan telah diukur serta diuji menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi dengan aras kesignifikanan p<. 05. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti murid mempunyai tahap pencapaian yang sederhana. Hasil keputusan Ujian Mann- Whitney U mendapati tidak terdapat hubungan signifikan di antara pencapaian Sains mengikut sekolah dan jantina. Hasil keputusan Ujian Anova mendapati terdapat hubungan signifikan di antara pencapaian Sains mengikut Etnik. Hasil keputusan Ujian Korelasi Pearson mendapati terdapat keputusan berbeza mengikut kategori pendekatan pembelajaran. Keputusan Ujian Korelasi Pearson mendapati bahawa tidak terdapat hubungan signifikan di antara Pendekatan Pembelajaran Persekitaran, Sosiologi dan Fizikal dengan pencapaian Sains. Hasil Ujian Korelasi Pearson juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara Pendekatan Pembelajaran Emosional dengan pencapaian Sains. Hasil Ujian Korelasi Sperman's rho mendapati tidak terdapat hubungan signifikan di antara Pendekatan Pembelajaran Psikologi dengan Pencapaian Sains

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: learning styles, Science achievement, primary schools
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 09 Feb 2018 07:00
Last Modified: 09 Feb 2018 07:00
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18727

Actions (login required)

View Item View Item