Kesan latihan pliometriks Shuttle MVP ke atas peningkatan kuasa bahagian bawah badan atlet novis lompat kijang

Frankie Lumpil, (2015) Kesan latihan pliometriks Shuttle MVP ke atas peningkatan kuasa bahagian bawah badan atlet novis lompat kijang. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
Kesan latihan pliometriks.pdf

Download (13MB)

Abstract

Kajian telah dijalankan untuk melihat kesan latihan pliometriks menggunakan mesin Shuttle MVP serta menggunakan kaedah konvensional terhadap peningkatan penjanaan kuasa bahagian bawah badan atlet lompat kijang. Peserta (N=20, umur=14 ± 0.5thn, berat=44.20 ± 2.567kg, tinggi=156 ± 5.610cm) dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan latihan yang berbeza iaitu menurut kaedah pliometriks Shuttle MVP (PSMVP) dan pliometriks konvensional (PK). Setiap kumpulan diikuti oleh 10 orang subjek. Setiap subjek menjalani latihan mengikut kumpulan selama 10 minggu. Intensiti latihan dinaikkan setiap dua minggu. Penilaian terhadap peningkatan kuasa bahagian bawah badan dijalankan setiap dua minggu menggunakan ujian Vertical Jump (VJ), Standing Long Jump (SU) dan Full Triple Jump (FTJ). Electromyogram (EMG) Noraxon telah digunakan untuk menganalisis perekrutan otot utama (gluteus maximus, vastus lateralis, quadriceps) yang terlibat dalam pergerakan lompat kijang. Selepas 10 minggu latihan, kajian ini mendapati bahawa VJ, SU dan FTJ bagi kedua-dua kumpulan meningkat secara signifikan (p<0.05). Vi meningkat sebanyak 28.01% ataupun 11.6cm bagi kumpulan PSMVP dan 22.36% ataupun 8.9cm bagi kumpulan PK. SU meningkat sebanyak 10.09% ataupun 22.2cm bagi kumpulan PSMVP clan 7.27% ataupun 15.7cm bagi kumpulan PK. Peningkatan signifikan dalam VJ dan SU telah menyebabkan peningkatan yang signifikan pada pencapaian kedua-dua kumpulan dalam FTJ iaitu sebanyak 29.19% ataupun 192.6cm bagi kumpulan PSMVP dan 26.96% ataupun 173.7cm bagi kumpulan PK. Peningkatan bagi kumpulan PSMVP adalah konsisten dengan peningkatan perekrutan otot sebanyak 6.58% ataupun 87mV. Sebaliknya, bagi kumpulan PK, peningkatan sebanyak 1.64% ataupun 21.4mV adalah tidak signifikan (p>0.05) bagi perekrutan otot. Data seterusnya dianalisis menggunakan ANOVA Sehala semasa mengesahkan bahawa Vi (F=2.397, p<0.05), SU (F=2.347, p<0.05) dan FTJ (F=1.671, p<0.05) adalah tidak berbeza secara signifikan di antara kedua-dua kumpulan. Walau bagaimanapun, perekrutan otot pada kumpulan PSMVP lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan PK (F=8.173, p<0.05). Penemuan ini mencadangkan bahawa kedua-dua protokol latihan mampu meningkatkan penjanaan kuasa bahagian bawah badan atlet lompat kijang secara efektif. Selain daripada itu, didapati bahawa protokol PSMVP adalah lebih efektif berbanding PK dalam meningkatkan penjanaan kuasa bahagian bawah badan. Shuttle MVP adalah mesin yang tidak bergantung kepada graviti dalam menghasilkan beban latihan. Oleh itu, risiko kecederaan adalah pada tahap minimum apabila menggunakan mesin Shuttle MVP sebagai kaedah latihan pliometriks.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: plyometrics training, shuttle MVP machine, lower body power, conventional method
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV557-1198.995 Sports
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 08 Feb 2018 02:36
Last Modified: 08 Feb 2018 02:36
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18731

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository