Faktor yang menyumbang kepada stres kerja dalam kalangan pembantu tadbir yang terlibat dalam pengurusan kewangan sekolah di daerah Kudat, Sabah

Aidah Abu Bakar, (2009) Faktor yang menyumbang kepada stres kerja dalam kalangan pembantu tadbir yang terlibat dalam pengurusan kewangan sekolah di daerah Kudat, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Faktor yang menyumbang.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor dan tahap stres kerja dalam kalangan pembantu tadbir yang tertibat dalam pengurusan kewangan sekolah di daerah Kudat, Sabah. Terdapat 6 faktor stres kerja yang dikenal pasti dalam kajian ini iaitu faktor intrinsik kerja, faktor peranan dalam organisasi , faktor struktur dan iklim organisasi, faktor perkembangan kerjaya, faktor hubungan interpersonal dan faktor luaran Organisasi. Seramai 48 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang dibina bagi kajian ini. Analisis data kajian menggunakan kaedah min, peratusan, Independent Samples T Test , ANOVA ,korelasi Pearson dan Analisis Regresi Berganda. Dapatan kajian menunjukkan terdapat stres kerja yang berbeza dikalangan responden iaitu tahap stres normal dan juga tahap stres sederhana tinggi . Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam stres kerja mengikut ciri demografi. Didapati faktor struktur dan iklim organisasi, faktor perkembangan kerjaya dan luaran Organisasi mempunyai hubungan yang signifikan dengan stres kerja pada eras 0.05. Melalui analisis regresi berganda, didapati faktor luaran organisasi menjadi penyumbang utama kepada stres kerja dalam kalangan pembantu tadbir yang terlibat dalam pengurusan kewangan sekolah di daerah Kudat.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: stress level, administrator assistants, financial management
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 08 Feb 2018 02:35
Last Modified: 08 Feb 2018 02:35
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18734

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository