Hubungan kepemimpinan pentadbir dengan iklim pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah daerah Semporna, Sabah

Erni Lewa, (2009) Hubungan kepemimpinan pentadbir dengan iklim pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah daerah Semporna, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Hubungan kepemimpinan pentadbir .pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan berfokus kepada kepemimpinan pentadbir iaitu pengetua dan ketua bidang terhadap aspek iklim pengajaran dan pembelajaran. Penyelidikan turut melihat perbezaan persepsi dalam kalangan respond en berkaitan kepemimpinan pengetua terhadap iklim pengajaran dan pembelajaran berdasarkan faktor jantina responden, pengalaman mengajar dan bilangan pelajar sekolah. Kerangka kajian yang digunakan adalah berasaskan Model Kepimpinan Pengajaran oleh Halingger dan Murphy (1985). Selain itu, data pula diperoleh melalui Soal selidik Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS). Seramai 164 guru daripada enam buah sekolah menengah luar bandar sekitar Daerah Semporna telah dipilih sebagai responden. Data juga dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens menerusi program SPSS Versi 10. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetua dan ketua bidang kerap melaksanakan peranan kepemimpinan pengajaran di sekolah menengah iuar bandar. Dalam kepemimpinan ini, pengetua lebih mengutamakan aspek penjagaan masa pengajaran bagi menyokong iklim pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Manakala, ketua bidang pula menekankan aspek menggalakkan kehadiran bagi mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Dapatan turut memperlihatkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi guru terhadap kepemimpinan pengetua terhadap jantina dan pengalaman mengajar responden. Namun, wujud perbezaan yang signifikan antara kepemimpinan pengetua terhadap iklim pengajaran dan pembelajaran berdasarkan bilangan pelajar sekolah.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: leadership, administrators, Principal, Panel Heads, teaching and learning, leadership skills
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 08 Feb 2018 02:35
Last Modified: 08 Feb 2018 02:35
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18741

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository