Beban tugas dengan kualiti pengajaran dalam kalangan guru penolong kanan di sekolah rendah Papar Sabah

Ajul Jual, (2014) Beban tugas dengan kualiti pengajaran dalam kalangan guru penolong kanan di sekolah rendah Papar Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Beban tugas dengan kualiti.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian yang dijalankan ini adalah satu kajian kuantitatif yang mengkaji hubungan beban tugas akademik serta beban tugas bukan akademik dengan kualiti pengajaran dalam kalangan Guru Penolong Kanan (GPK) sekolah rendah di daerah Papar, Sabah. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat pengaruh beban tugas akademik dan bukan akademik tersebut terhadap kualiti pengajaran guru. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 117 orang guru penolong kanan di 39 buah sekolah rendah di daerah Papar, Sabah. Instrumen yang digunakan adalah berbentuk borang soal selidik. Terdapat empat persoalan kajian yang dikemukakan oleh pengkaji. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. 8agi menentukan sama ada terdapat hubungan yang signifikan beban tugas akademik dan bukan akademik dengan kualiti pengajaran, korelasi pearson telah digunakan. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara beban tugas akademik dengan kualiti pengajaran guru (r=0.207*). Manakata, dapatan kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara beban tugas bukan akademik dengan kualiti pengajaran guru (r= 0.052). Setain itu, dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat pengaruh yang signifikan beban tugas akademik terhadap kualiti pengajaran, maka hipotesis not ditotak. Manakala, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat pengaruh yang signifikan beban tugas bukan akademik terhadap kualiti pengajaran. Maka, hipotesis nol gagal ditolak. Dapatan kajian ini dijangka akan memberi manfaat kepada pengkaji, sekolah dan kepada pihak yang berkenaan termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: academic workload, quality of teaching, primary school
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 18 Feb 2018 11:55
Last Modified: 18 Feb 2018 11:55
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18752

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository