Pencapaian penguasaan bahasa murid Tahun 6 sekolah rendah dalam kemahiran membaca dan kemahiran menulis

Michael Pakang, (2006) Pencapaian penguasaan bahasa murid Tahun 6 sekolah rendah dalam kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Pencapaian penguasaan bahasa.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang Pencapaian Murid Tahun 6 Sekolah Rendah dalam Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis. Kajian ini dijalankan di sekolahsekolah rendah luar bandar dalam daerah Telupid, Sabah. Dalam kajian ini telah memilih enam buah sekolah rendah luar bandar untuk mewakili jumlah populasi. Dalam proses persampelan sistematik, tiga buah sekolah telah dipilih untuk mewakili sam pel. Seramai 52 orang murid Tahun 6 telah terlibat dalam kajian ini. Daripada jumlah terse but, terdapat 24 orang murid lelaki dan 28 orang murid perempuan. Semua data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan ujian-t dan statistik deskriftif. Ujian-ujian ini digunakan untuk menjawab 5 objektif kajian. Dari segi dapatan kajian, terdapat perbezaan pencapaian murid dari segi penguasaan bahasa dalam kemahiran membaca dan menulis. Pencapaian penguasaan bahasa murid perempuan lebih tinggi dibandingkan dengan murid lelaki. Dalam kajian ini, jelas menggambarkan bahawa pencapaian penguasaan bahasa murid Tahun 6 sekolah rendah dalam kemahiran membaca dan menulis masih di tahap rendah. Untuk kajian masa depan, dicadangkan agar skop kajian dapat diperluaskan, dari segi bilangan sekolah terlibat, dan menambah bilangan responden kajian di sekolah-sekolah luar bandar.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Primary School, students achievement, writing and reading skills, rural area
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 09 Feb 2018 07:00
Last Modified: 09 Feb 2018 07:00
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18761

Actions (login required)

View Item View Item