Kesan tandan sawit kosong terhadap pertumbuhan dan hasil bayam hijau (Amaranthus Viridis L.)

Su, Ging Sam (2016) Kesan tandan sawit kosong terhadap pertumbuhan dan hasil bayam hijau (Amaranthus Viridis L.). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan tandan sawit kosong terhadap pertumbuhan dan hasil bayam hijau.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian Inl telah dilakukan di kawasan rumah perlindungan hujan yang berhampiran dengan Bangunan Pentadbiran Makmal Ladang, Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah kampus Sandakan pada Ogos 2015 hingga Oktober 2015. Tandan Sawit Kosong digunakan kerana mempunyai komposisi nutrient yang sesuai untuk tanaman sayuran. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan Tandan Sawit Kosong terhadap pertumbuhan dan hasil bayam hijau (Amaranthus viridis L.). Dalam mengenal pasti keberkesanan Tandan Sawit Kosong, empat rawatan telah digunakan iaitu 0%, 20%, 40% dan 60% tandan sawit kosong dengan campuran 'Topsoil' sebagai media penanaman. Tumbesaran dan hasil bayam telah dinilai berdasarkan parameter ketinggian pokok, bilangan daun, berat basah dan berat kering. Manakala pH tanah pula diukur untuk menguji kesesuaian media untuk bayam hijau dan mengenalpasti perubahan pH media selepas penanaman. Penilaian terhadap pertumbuhan dan hasil bayam menunjukkan penggunaan 20% Tandan Sawit Kosong adalah yang terbaik berbanding rawatan yang lain dari segi berat kering manakala dari segi ketinggian pokok, bilangan daun dan berat basah menunjukkan keputusan yang sama baik dengan rawatan kawalan. Penggunaan Tandan Sawit Kosong menunjukkan tidak ada perubahan nilal pH pada media penanaman. Secara keseluruhannya, kajian inl menunjukkan bahawa Tandan Sawit Kosong berpotensi untuk dijadikan media campuran untuk tanaman bayam hijau dengan kuantiti yang bersesuaian.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Rain shelter , nutrients , vegetables
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 18 Feb 2018 11:55
Last Modified: 18 Feb 2018 11:55
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18893

Actions (login required)

View Item View Item