Kepimpinan pengetua cemerlang dan kaitannya dengan kepuasan kerja guru sekolah menengah

Marynah Perisin, (2013) Kepimpinan pengetua cemerlang dan kaitannya dengan kepuasan kerja guru sekolah menengah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Kepimpinan pengetua cemerlang.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya kepimpinan pengetua cemerlang dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru. Seramai 250 orang guru dari lima buah sekolah telah dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel kajian. Dua instrumen digunakan untuk mengukur pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian ini. Leadership Behavior Description Questionnaire digunakan untuk mengenalpasti gaya kepimpinan pengetua cemerlang. Sementara soal selidik The Minnesota Satisfaction Questionnaire digunakan untuk mengenalpasti kepuasan kerja guru. Kajian rintis telah dijalankan dan nilai Alpha Cronbach 0.902 diperoleh yang menunjukkan ketekalan item-item dalam soalan selidik adalah tinggi. Analisis deskriptif dijalankan seperti min, frekuensi dan peratus untuk mengenalpasti faktor demografi jantina dan pengalaman mengajar. Analisis inferensi juga dijalankan seperti Ujian-t tidak bersandar, ANOVA sehala dan Korelasi Pearson untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan, tiga antara empat gaya kepimpinan pengetua cemerlang yang dipopularkan oleh House (1971) mempunyai hubungan dengan kepuasan kerja guru pada tahap yang berbeza.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: leadership styles, teachers, job satisfaction
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 27 Feb 2018 07:58
Last Modified: 27 Feb 2018 07:58
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18908

Actions (login required)

View Item View Item