Pengaruh pengawalan kendiri dan motivasi terhadap pencapaian akademik

Tan, Cho Chiew (2013) Pengaruh pengawalan kendiri dan motivasi terhadap pencapaian akademik. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Pengaruh pengawalan kendiri.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh pengawalan kendiri pembelajaran (penggunaan strategi kognitif dan strategi pengawalan kendiri) dan motivasi (selfefficacy, nilai intrinsik dan kebimbangan ujian) terhadap pencapaian akademik pelajar. Model yang sama juga diuji ke atas pelajar lelaki dan pelajar perempuan secara berasingan bagi tujuan mengkaji peranan faktor jantina sebagai moderator dalam perhubungan ini. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji perbezaan pengawalan kendiri pembelajaran, motivasi dan pencapaian akademik di antara pelajar lelaki dan perempuan. Kajian ini dijalankan ke atas 300 orang pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah menengah yang terletak di bandar dan luar bandar, Negeri Sabah. Alat kajian The Motivational Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) yang mengukur pengawalan kendiri pembelajaran dan motivasi pelajar digunakan dalam kajian ini. Ukuran pencapaian akademik pelajar adalah berdasarkan pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Keputusan kajian adalah: (i) penggunaan strategi kognitif, strategi pengawalan kendiri dan motivasi merupakan peramal kepada pencapaian akademik pelajar lelaki dan pelajar perempuan; (ii) pelajar perempuan lebih menggunakan strategi. kognitif daripada pelajar lelaki; (iii) pelajar perempuan lebih menggunakan strategi pengawalan kendiri daripada pelajar lelaki; (iv) pelajar perempuan lebih mempunyai motivasi self-efficacy dan nilai intrinsik serta mengalami kebimbangan ujian yang lebih tinggi daripada pelajar lelaki. (v) pelajar perempuan mempunyai pencapaian akademik yang lebih balk daripada pelajar lelaki. Implikasi daripada kajian ini turut dibincangkan dalam kajian ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: self-regulated learning, motivation, academic achievement, gender
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 26 Feb 2018 03:38
Last Modified: 26 Feb 2018 03:38
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18911

Actions (login required)

View Item View Item