Hubungan aliran kiriman wang ke luar dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia

Rahimah Razali, (2016) Hubungan aliran kiriman wang ke luar dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Hubungan aliran kiriman.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian ini membincangkan hubungan jangka masa pendek dan panjang antara kiriman wang ke luar dan pertumbuhane konomi Malaysiad ari tahun 1982 sehingga 2014. Data Tahunan telah digunakan di mana pemboleh ubah bersandar adalah pertumbuhan ekonomi dan pemboleh ubah bebas terdiri daripada kiriman wang ke luar, pelaburan langsung asing masuk, jumlah buruh, kadar pertukaran, dan eksport. Kointegrasi Johansen telah digunakan untuk menganggarkan hubungan jangka masa panjang manakala Ujian Vekor Model Pembetulan Ralat (VECM) telah digunakan untuk menganggarkan hubungan jangka pendek antara pemboleh ubah. Ujian Penyebab Granger pula digunakan untuk menganggarkan hubungan dua hala antara pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan jangka panjang antara kiriman wang ke luar, pelaburan lanngsung asing masuk, jumlah buruh, kadar pertukaran, dan eksport terhadap pertumbuhane konomi. Sementara itu, dalam jangka pendek, kiriman wang ke luar, eksport, dan tenaga kerja mempengaruhi pertumbuhan ekonomi. Kiriman wang ke luar adalah positif dalam jangka masa pendek dan panjang. Hal ini kerana buruh asing di negara ini digunakan untuk mengatasi masalah kekurangan buruh untuk meningkatkan produktiviti negara dalam sektor tertentu seperti pembinaan dan perkilangan. Mereka juga membantu dalam meningkatkan penggunaan dan pelaburan Malaysia. Dengan meningkatnya eksport, pertumbuhan ekonomi negara juga meningkat menyebabkan kesan positif yang signifikan dengan kiriman wang ke luar. Selain itu, Vargas-Silva dan Huang( 2006) juga mendakwa bahawa kesan positif ketara adalah juga disebabkan oleh tempoh pekerja asing yang tinggal di negara ini. Kebanyakan pekerja asing tinggal di Malaysia untuk tempoh masa yang panjang dan mereka dianggap sebagai pekerja tetap. Selain itu, aliran masuk pelaburan langsung asing masuk mempunyai kesan yang tidak ketara dalam jangka pendek ke arah pertumbuhan ekonomi kerana jumlah kadar fakbor produktiviti yang rendah. Bagi kadar pertukaran, Malaysia telah mengamalkan sistem kadar pertukaran pengapungan terurus yang sentiasa terdedah kepada kejutan. Ia memerlukan campur tangan kerajaan untuk memberi kesan yang positif terhadap pertumbuhan ekonomi. Hasil kajian tersebut telah disokong oleh kajian Gapen et al. (2009) dan Karagöz (2009).

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: short run, long run, remittance outflow, economic growth
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: Munira
Date Deposited: 27 Feb 2018 08:07
Last Modified: 27 Feb 2018 08:07
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18939

Actions (login required)

View Item View Item