Analisis respon penawaran getah asli di kalangan pekebun kecil di Sabah

Jim Jipun, (2009) Analisis respon penawaran getah asli di kalangan pekebun kecil di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Analisis respon penawaran.pdf

Download (13MB) | Preview

Abstract

Kajian ini mengenal pasti faktor utama yang mempengaruhi respon penawaran getah asli di kalangan pekebun kecil di Sabah. Justeru itu, sebuah struktur model respon penawaran getah asli di kalangan pekebun kecil getah di sabah dibentuk dan dianggar dengan menggunakan data tahunan bagi tempoh 1971-2004. Struktur model berkenaan mengandungi tiga persamaan gelagat. Model yang dibentuk bersifat blok rekursif dan dianggar dengan menggunakan Kuasa Dua Terkecil Biasa (OLS) dan Kuasa Dua Terkecil Dua Peringkat (2SLS) dalam bentuk linear dalam log. Model ini menganalisisfa ktor-faktor yang mempengaruhki eluasan kawasan baru getah, keluasan kawasan getah matang dan pengeluaran getah asli di kalangan pekebun kecil di Sabah. Hasil kajian menunjukkan faktor-faktor penting yang mempengaruhi keluasan kawasan baru getah ialah harga getah tertangguh tiga tahun, perbelanjaank erajaank e atäs pembangunanin dustri getah tertangguh tiga tahun dan bilangan buruh/pekebun kecil tertangguh tiga tahun. Keluasan kawasan getah matang dipengaruhi oleh keluasan kawasan getah matang tertangguh satu tahun, keluasan kawasan baru getah tertangguh satu tahun dan kawasan getah yang ditebang untuk ditanam semula getah dan lain-lain tanaman. Pengeluaran getah asli dipengaruhi oleh pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun, keluasan kawasan getah matang dan harga getah semasai. Implikasi daripada kajian didapati bahawa memastikan harga getah yang balk, meningkatkan perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah, penanaman getah pada salz kebun yang sesuai dan penggunaan teknologi pertanian adalah penting bagi mengekalkan dan meningkatkan perkembangan industri getah asli di Sabah. Di samping itu penilaian model juga dilakukan untuk menilai kesesuaian model tersebut antara yang sebenar dengan yang dianggar

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: rubber supply, response, smallholder, Ordinary Least Squares, Two Stage Least Squares
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: Munira
Date Deposited: 28 Feb 2018 06:45
Last Modified: 28 Feb 2018 06:45
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18952

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository